
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB PEMBAGIAN SODAQOH
HADITS KE 186
وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَالَ: ( مَشَيْتُ أَنَا وَعُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رضي الله عنه إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, أَعْطَيْتَ بَنِي اَلْمُطَّلِبِ مِنْ خُمُسِ خَيْبَرَ وَتَرَكْتَنَا, وَنَحْنُ وَهُمْ بِمَنْزِلَةٍ وَاحِدَةٍ, فَقَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم “إِنَّمَا بَنُو اَلْمُطَّلِبِ وَبَنُو هَاشِمٍ شَيْءٌ وَاحِدٌ” ) رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ
Jubair Ibnu Muth’im Radliyallaahu ‘anhu berkata: Aku dan Utsman Ibnu Affan pernah menghadap Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, baginda telah memberi seperlima dari hasil perang Khaibar kepada Banu al-Mutthalib dan baginda meninggalkan kami, padahal kami dan mereka adalah sederajat. Lalu Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Banu al-Mutthalib dan Banu Hasyim adalah satu keluarga.” Riwayat Bukhari.
MAKNA HADIST
Ibn Hajar mengetengahkan satu hadis yang menjadi dalil bagi orang yang mengatakan bahawa Bani al-Mutalib haram menerima zakat kerana mereka adalah saudara Bani Hasyim; mereka dan Bani Hasyim adalah satu keluarga. Oleh kerana Itu Bani al-Mutalib sama dengan Bani Hasyim dalam bahagian dzawil qurba yang ada di dalam baitul mal, maka diharamkan zakat bagi Bani al-Mutalib seperti yang berlaku atas Bani Hasyim. Kesetiaan Bani al-Mutalib terhadap Bani Hasyim berlangsung secara berterusan sejak masa Jahiliah hingga masa Islam. Oleh itu, mereka berhak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Bani Hasyim, meskipun terdapat keturunan yang berlainan nasab, seperti Bani Abd Syams dan Bani Naufal. Namun kesetiaan Bani Abd Syams dan Bani Naufal tidak berlangsung secara berterusan. Sedangkan orang yang mengatakan bahawa Bani al-Mutalib tidak dapat disamakan dengan Bani Hasyim dalam hal pengharaman zakat mengemukakan alasannya bahawa sesungguhnya pemberian Nabi (s.a.w) berupa bahagian dzawul qurba kepada mereka hanya dipandang sebagai penghormatan semata, bukan sebagai hak yang mesti mereka terima
FIQH HADIST
- Bani al-Mutalib sama dengan Bani Hasyim dalam bahagian dzawul
qurba (kerabat Nabi (s.a.w). - Diharamkan zakat bagi Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib.
Wallahu a'lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..