HADITS KE 161-162 : ZAKAT PERHIASAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 161-162

وَعَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ, عَنْ أَبِيهِ, عَنْ جَدِّهِ; ( أَنَّ اِمْرَأَةً أَتَتِ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَمَعَهَا اِبْنَةٌ لَهَا, وَفِي يَدِ اِبْنَتِهَا مِسْكَتَانِ مِنْ ذَهَبٍ, فَقَالَ لَهَا: “أَتُعْطِينَ زَكَاةَ هَذَا?” قَالَتْ: لَا. قَالَ: “أَيَسُرُّكِ أَنْ يُسَوِّرَكِ اَللَّهُ بِهِمَا يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ سِوَارَيْنِ مِنْ نَارٍ?”. فَأَلْقَتْهُمَا. )  رَوَاهُ اَلثَّلَاثَةُ, وَإِسْنَادُهُ قَوِيّ ٌ. وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ: مِنْ حَدِيثِ عَائِشَة

Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya Radliyallaahu ‘anhu bahwa seorang perempuan datang kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersama putrinya yang mengenakan dua gelang emas ditangannya. Lalu beliau bertanya: “Apakah engkau mengeluarkan zakat gelang ini?” Dia menjawab: Tidak. Beliau bersabda: “Apakah engkau senang pada hari kiamat nanti Allah akan menggelangi kamu dengan dua gelang api neraka?” Lalu perempuan itu melepaskan kedua gelang tersebut. Riwayat Imam Tiga dengan sanad yang kuat. Hadits shahih menurut Hakim dari hadits ‘Aisyah.

وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا; ( أَنَّهَا كَانَتْ تَلْبَسُ أَوْضَاحًا مِنْ ذَهَبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! أَكَنْزٌ هُوَ? ] فَـ [ قَالَ: إِذَا أَدَّيْتِ زَكَاتَهُ, فَلَيْسَ بِكَنْزٍ )  رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ, وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ.

Dari Ummu Salamah Radliyallaahu ‘anhu bahwa dia mengenakan perhiasan dari emas, lalu dia bertanya: Ya Rasulullah, apakah ia termasuk harta simpanan? Beliau menjawab: “Jika engkau mengeluarkan zakatnya, maka ia tidak termasuh harta simpanan.” Riwayat Abu Dawud dan Daruquthni. Hadits shahih menurut Hakim.

MAKNA HADIST


Nabi (s.a.w) membolehkan kaum wanita memakai perhiasan emas dan perak,
sebagai mana yang telah disebutkan di dalam hadis lain yang mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengambil kain sutera, lalu dipegang di tangan kanannya, danemas yang baginda pegang di tangan kirinya, kemudian bersabda:


ان هذين حرام على ذكور امتي حل لإناثها

Sesungguhnya kedua barangan ini haram bagi kaum lelaki umatku, namun halal bagi
kaum wanita

Hadis ini menunjukkan bahwa perhiasan kaum wanita tidak dikenakan wajib zakat. Inilah yang dijadikan pegangan oleh jumhur ulama dan dikuatkan oleh fatwa ulama salaf serta kebiasaan yang berlaku yang tidak mengenakan wajibzakat terhadap perhiasan kaum wanita.
Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa perhiasan wajib dikenakan zakat,apabila jumlahnya telah mencapai nisab kerana disamakan dengan makna umum wajib zakat atas emas dan perak, di samping itu berdasarkan hadis-hadis yang mengancam dan mengingatkan orang yang tidak menunaikan zakatnya. Akan tetapi, menurut jumhur ulama kesahihan hadis-hadis yang mengandung ancaman masih belum dapat dibuktikan

FIQH HADIST


Perhiasan wajib dikeluarkan zakatnya menurut Imam Abu Hanifah yang melandaskan pendapatnya dengan berdalilkan hadis Ummu Salamah.
Jumhur ulama mengatakan bahawa barang perhiasan yang dibuat untuk dipakai tidak dikenakan kewajipan membayar zakat. Segolongan ulama ada yang mengatakan bahawa zakat barang perhiasan itu ialah meminjamkannya.
Segolongan ulama yang lain mengatakan bahawa perhiasan itu wajib dikeluarkan zakat satu kali selama hidupnya.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 160 : CARA MENGHITUNG ZAKAT ANGGUR DAN KURMA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 160

وَعَنْ عَتَّابِ بنِ أُسَيْدٍ رضي الله عنه قَالَ: أَمَرَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَنْ يُخْرَصَ اَلْعِنَبُ كَمَا يُخْرَصُ اَلنَّخْلُ, وَتُؤْخَذَ زَكَاتُهُ زَبِيبًا ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ, وَفِيهِ اِنْقِطَاع ٌ

Attab Ibnu Asid Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar anggur ditaksir sebagaimana kurma, dan zakatnya diambil setelah dalam keadaan kering. Riwayat Imam Lima dan sanadnya terputus.

MAKNA HADIST

Kaum fakir miskin adalah kawan bagi orang yang memiliki harta termasuk buah-
buahan dalam kadar yang telah diwajibkan oleh Allah kepada mereka dari zakat buah-buahan itu. Jika pemilik buah-buahan dilarang dari memanfaatkan buah-buahan mereka hingga masak, niscaya ini akan menyusahkan mereka. Jika dia memetiknya dengan sesuka hatinya, nescaya itu merugikan hak kaum fakir
miskin yang terdapat pada buah-buahan miliknya.
Oleh kepercayaan atau sifat amanah tidak dapat diwujudkan di kalangan setiap pemilik harta, demikian pula para pekerjanya, maka syariat menetapkan satu kaedah ini dengan membuat taksiran yang dilakukan oleh amil zakat.
Tujuannya supaya pemilik harta segera dapat memanfaatkan harta miliknya sekaligus memelihara hak kaum fakir miskin yang ada pada hartanya itu.

FIQH HADIST

1. Disyariatkan melakukan taksiran zakat terhadap buah kurma dan anggur
yang masih bergantung pada pohonnya.

2. Zakat buah kurma dan anggur diambil setelah keduanya benar-benar masak, yakni setelah menjadi tamar dan kismis.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 159 : MENTAKSIR ZAKAT BUAH-BUAHAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 159

وَعَنْ سَهْلِ بْنِ أَبِي حَثْمَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ: أَمَرَنَا رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا خَرَصْتُمْ, فَخُذُوا, وَدَعُوا اَلثُّلُثَ, فَإِنْ لَمْ تَدَعُوا اَلثُّلُثَ, فَدَعُوا اَلرُّبُعَ ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا اِبْنَ مَاجَهْ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ, وَالْحَاكِم ُ

Sahal Ibnu Abu Hatsmah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami apabila kamu menaksir, maka kerjakanlah, tetapi bebaskan sepertiga. Apabila kamu enggan membebaskan sepertiga, maka bebaskan seperempat. Riwayat Imam Lima kecuali Ibnu Majah, dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Hakim.

MAKNA HADIAT

Nabi (s.a.w) menyuruh amil zakat yang bertugas mentaksir hasil buah-buahan hendaklah memberikan keringanan kepada pemiliknya dengan menyisakan seperempat atau sepertiga daripada sepersepuluhnya. Ini merupakan salah satu kebaikan syariat dan satu rahmat bagi pemilik buah-buahan sebagai gantian kepada kekurangan dan kerosakan yang mungkin berlaku. Demikianlah menurut tafsiran sebagian ulama terhadap hadis ini.

Menurut ulama yang lain pula, zakat merupakan hukum syarak dan telah ditentukan bagiannya di mana perkiraan dan nisabnya tidak mungkin diubah.

Jadi maksud ini adalah hendaklah orang yang betugas mentaksir zakat buah-buahan membiarkan sepertiga atau seperempat daripada sepersepuluhnya untuk pemiliknya agar dia membagikannya sendiri kepada para jiran tetangganya dan kaum kerabatnya serta orang yang biasa dia beri hadiah. Pengertian ini mengandung rasa belas kasihan terhadap pemilik buah-buahan dan para pengikutnya.

Menurut pendapat lain, makna hadis ini ialah membiarkan sejumlah apa yang biasa dimakan oleh pemiliknya dan keluarganya menurut tradisi yang berlaku, lalu jumlah itu tidak boleh dimasukkan ke dalam taksiran.

Tetapi mengikut pendapat yang lebih kuat ialah mentafsirkan hadis menurut makna yang pertama di atas, kerana itu telah pun diperkuat oleh riwayat Jabir (r.a) yang kesimpulannya memberikan keringanan dalam menentukan taksiran.

FIQH HADIST

Disyariatkan melakukan taksiran untuk memelihara hak kaum fakir miskin. Akan
tetapi, hukum dan jenis yang dapat ditaksir masih diperselisihkan. Imam Malik
mengatakan bahwa taksiran wajib dilakukan ke atas buah anggur dan buah kurma yang masih belum masak. Imam Malik melandaskan pendapatnya dengan berdalil hadis ‘Arab yang akan disebutkan setelah hadis ini.

Imam Ahmad dan Imam al-Syafii mengatakan bahwa melakukan taksiran hanya disunatkan pada pohon kurma dan pohon anggur sahaja. Mereka melandaskan pendapatnya dengan berdalilkan hadis ‘Arab.

Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa tidak boleh melakukan taksiran, kerana ia hanya sekadar dugaan dan perkiraan yang tidak dipastikan. Beliau melandaskan pendapatnya dengan berdalilkan hadis Jabir (r.a) yang mengatakan Rasulullah (s.a.w) melarang melakukan taksiran, lalu baginda bersabda:

ارايتم ان هلك التمر ايحب احدكم ان يأخذ مال اخيه بالباطل

Bagaimana menurut kamu apabila buah kurma itu rusak, apakah seseorang di antara kamu gemar apabila mengambil harta saudaranya dengan cara yang batil?

Imam Abu Hanifah menjawab hadis ‘Itab dengan mengatakan bahwa itu terjadi sebelum adanya larangan riba, kemudian ia dimansukh. Akan tetapi, ulama yang lain menyanggahnya. Jika anda ingin mengetahui pembahasan ini lebih mendalam, silahkan rujuk kitab-kitab fiqh.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 158 : ZAKAT UNTUK BUAH-BUAHAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 158

وَعَنْ أَبِي مُوسَى اَلْأَشْعَرِيِّ; وَمُعَاذٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لَهُمَا: ( لَا تَأْخُذَا فِي اَلصَّدَقَةِ إِلَّا مِنْ هَذِهِ اَلْأَصْنَافِ اَلْأَرْبَعَةِ: اَلشَّعِيرِ, وَالْحِنْطَةِ, وَالزَّبِيبِ, وَالتَّمْرِ ) رَوَاهُ اَلطَّبَرَانِيُّ, وَالْحَاكِم ُ

وَلِلدَّارَقُطْنِيِّ, عَنْ مُعَاذٍ: ( فَأَمَّا اَلْقِثَّاءُ, وَالْبِطِّيخُ, وَالرُّمَّانُ, وَالْقَصَبُ, فَقَدْ عَفَا عَنْهُ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ) وَإِسْنَادُهُ ضَعِيف ٌ

Dari Abu Musa al-Asy’ary dan Mu’adz Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada keduanya: “Jangan mengambil zakat kecuali dari keempat jenis ini, yakni: sya’ir, gandum, anggur kering, dan kurma.” Riwayat Thabrani dan Hakim.

Menurut Daruquthni bahwa Mu’adz Radliyallaahu ‘anhu berkata: Adapun mengenai ketimun, semangka, delima dan tebu, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah membebaskan (zakat)-nya. Sanadnya lemah.

MAKNA HADIST

Mengutus tenaga pengajar ke berbagai kabilah dan daerah merupakan kebiasaan
yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w). Dahulu baginda selalunya mengutus sahabat
pilihan untuk menyiarkan dakwah Islam dan mengajarkan hukum-hakam agama.

Baginda mengutus Abu Musa dan Mu’adz ke negeri Yaman sebagai da’i dan
Mengeluarkan zakat. Kemudian baginda membekalkan mereka berdua dengan nasihat
Uang antara lain berkaitan dengan masalah zakat menerusi sabdanya: “Janganlah
kamu mengeluarkan zakat kecuali daripada keempat jenis ini.” Barangkali jenis tanaman lain tidak dijumpai di tempat itu. Dengan demikian, batasan ini bersifat nisbi atau berdasarkan penilaian keadaan pada masa itu. Ulama memasukkan buah-buahan selainnya ke dalam kategori keempat jenis tadi apabila itu boleh dijadikan sebagai makanan asas. Ini termasuk qiyas jali sebagaimana pula ada ulama yang
memandang keumuman makna wajib zakat pada setiap hasil yang ditumbuhkan
oleh bumi hingga termasuk pula sayur-sayuran dengan berlandaskan kepada keumuman makna zahir hadis yang mengatakan: “Tanaman yang diairi oleh hujan maka zakatnya sepersepuluh.”

FIQH HADIST

1. Gandum, barli, anggur kering, dan buah kurma wajib dikeluarkan zakatnya.

2. Tembikai, jambu, delima dan tebu tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Imam Ahmad berkata: “Zakat diwajibkan ke atas sesuatu yang ditakar, mampu bertahan lama dan dapat dikeringkan yang termasuk jenis tanaman yang biasa ditanam oleh manusia berupa biji-bijian dan buah-buahan yang mana ia dapat dijadikan sebagai makanan dasar seperti gandum, barli, jagung, padi dan gandum atau tidak dapat dijadikan sebagai makanan asas seperti
kacang, dal, hish, kamun, turmus, simsim dan jenis biji-bijian serta buah-buahan yang lain misalnya misymisy, tin, luz, fistuq dan bunduq. Jenis buah-buahan yang tidak dapat dikeringkan tidak dikenakan kewajipan zakat ke atasnya seperti khukh, epal dan jambu. Demikian pula sayur-sayuran seperti labu, timun, tembikai, terong, lobak, dan wortel. Imam al-Syafi’i dan Imam Malik berpendapat bahwa zakat diwajibkan atas segala sesuatu yang ditumbuhkan oleh bumi apabila jumlahnya telah mencapai nisab dan dapat dijadikan sebagai makanan asas dan termasuk jenis
tanaman yang biasa ditanam oleh manusia, seperti gandum, barli, jagung,
padi, dal, humush, kacang hijau, dan lain-lain. Jenis yang tidak dapat dijadikan sebagai makanan dasar seperti kammun, kurrawiyah, kuzbarah, sayur-sayuran, halabah, kacang sudan, turmus dan simsim. Semua itu tidak wajib dikeluarkan zakatnya. Ini mengikut mazhab al-Syafi’i, tetapi menurut mazhab Imam Malik justeru sebaliknya. Imam Abu Hanifah
mengatakan bahwa segala sesuatu yang ditumbuhkan oleh bumi wajib dikeluarkan zakatnya tanpa memerlukan syarat nisab dan perbedaan jenis tanaman sama ada sayur-sayuran ataupun selainnya. Tetapi Imam Abu Hanifah mengikatnya dengan syarat penanamannya sengaja dilakukan
untuk memanfaatkan lahan kosong mengikuti tradisi. Oleh itu, menurut mereka tanaman jenis kayu-kayuan, rumput lalang, rumput makanan
ternakan, daun kurma, dan biji tembikai tidak dikeluarkan zakatnya, kerana penanamannya tidak dilakukan untuk memanfaatkan tanah dan mengembangkannya menurut kebiasaan. Lain halnya apabila seseorang memanfaatkan tanah, lalu ditanaminya dengan pohon, tebu atau rumput ilalang, maka hasil yang diperolehinya wajib dikeluarkan zakatnya, karena
ini dilakukan dengan tujuan memanfaatkan lahan kosong. Imam Abu Hanifah melandaskan pendapatnya ini dengan berdalilkan kepada firman Allah (s.w.t):

ياايها الذين امنوا انفقوا من طيبات ما كسبتم ومما اخرجنالكم من الاض

Wahai orang yang beriman, nafahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada
hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari
bumi untuk kamu…” (Surah al-Baqarah: 267)

Demikian pula firman Allah (s.w.t):

واتوا حقه يوم حصاده

“… Dan tunaikanlah zakatnya pada saat memetik hasilnya…” (Surah al-An’am: 141)

Abu Yusuf dan Imam Muhammad murid Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa zakat diwajibkan pada jenis buah-buahan yang mampu
bertahan disimpan selama satu tahun tanpa memerlukan kepada bahasan pengawet, baik jenis yang dapat ditakar seperti kurma ataupun jenis yang tidak dapat ditakar seperti kapas. Jika barang tersebut termasuk jenis yang
ditakar, maka jumlahnya harus mencapai lima wasaq. Jika tidak termasuk jenis yang ditakar, maka menurut Abu Yusuf tidak wajib dikeluarkan zakatnya, kecuali apabila harganya mencapai nisab mengikut hitungan
minimum barang yang ditakar. Kapas tidak wajib dikeluarkan zakatnya, kecuali apabila harganya mencapai lima wasaq gandum. Menurut Imam
Muhammad, barang yang tidak ditakar tidak dikenakan zakat, kecuali apabila jumlahnya mencapai lima kali ganda jenis yang paling unggul. Dan kapas tidak wajib dikeluarkan zakatnya, kecuali apabila jumlahnya
mencapai lima qintarah. Dari sini dapat diambil satu kesimpulan bahwa buah-buahan dan sayur-sayuran tidak dikenakan zakat.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 157 : ZAKAT PERTANIAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 157

وَعَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ, عَنْ أَبِيهِ, عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( فِيمَا سَقَتِ اَلسَّمَاءُ وَالْعُيُونُ, أَوْ كَانَ عَثَرِيًّا: اَلْعُشْرُ, وَفِيمَا سُقِيَ بِالنَّضْحِ: نِصْفُ اَلْعُشْرِ. ) رَوَاهُ اَلْبُخَارِيّ ُ. وَلِأَبِي دَاوُدَ: ( أَوْ كَانَ بَعْلًا: اَلْعُشْرُ, وَفِيمَا سُقِيَ بِالسَّوَانِي أَوِ اَلنَّضْحِ: نِصْفُ اَلْعُشْرِ )

Dari Salim Ibnu Abdullah, dari ayahnya r.a, bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tanaman yang disiram dengan air hujan atau dengan sumber air atau dengan pengisapan air dari tanah, zakatnya sepersepuluh, dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia, zakatnya seperduapuluh.” Riwayat Bukhari. Menurut riwayat Abu Dawud: “Bila tanaman ba’al (tanaman yang menyerap air dari tanah), zakatnya sepersepuluh, dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia atau binatang, zakatnya setengah dari sepersepuluh (1/20).”

MAKNA HADIST

Sebab penyiraman tanaman menggunakan alat penyiraman memerlukan jerih payah dan usaha tambahan, maka syariat Islam mengurangi sebahagian zakat yang wajib ditunaikan sebagai rahmat kepada hamba Allah. Oleh itu, Nabi (s.a.w) menetapkan zakatnya hanya setengah daripada sepersepuluh.

Penyiraman tanaman melalui air hujan dan air sungai dilakukan tanpa susah payah seperti mana keadaan pertama, maka syariat Islam menetapkan zakatnya Adalah sepersepuluh.

Dengan demikian, hadis yang mengatakan bahawa “yang jumlahnya kurang
daripada lima wasaq tidak wajib dikeluarkan zakatnya” men-takhshish hadis ini
memandangkan maknanya yang bersifat umum.
Sabda Nabi (s.a.w) yang mengatakan bahawa tanaman yang diairi oleh hujan
maka zakatnya adalah sepersepuluh. Maksudnya ialah apabila hasilnya mencapai
Lima wasaq. Ini kerana sebahagian Sunnah boleh men-takhshish sebahagian yang
lain. Hadis yang menerangkan ukuran wasaq berkedudukan sahih menjelaskan
kadar yang harus dikeluarkan zakatnya, sehingga hadis tersebut wajib diamalkan
Untuk membatasi pengertian umum yang terdapat pada hadis yang lain dalam
masalah yang sama.

FIQH HADIST

1. Hasil tanaman wajib dikeluarkan zakatnya.

2. Wajib mengeluarkan sepersepuluh dari hasil tanaman yang pengairannya tidak menggunakan alat penyiraman untuk memberikan keluasan bagi orang fakir.

3. Wajib mengeluarkan setengah dari sepersepuluh hasil tanaman yang pengairannya dilakukan dengan menggunakan alat penyiraman yang memerlukan tenaga dan biaya untuk meringankan pemilik harta.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

HADITS KE 156 : BATASAN WAJIBNYA ZAKAT PADA PERAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 156

وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ رضي الله عنه عَنْ رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ أَوَاقٍ مِنَ اَلْوَرِقِ صَدَقَةٌ, وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسٍ ذَوْدٍ مِنَ اَلْإِبِلِ صَدَقَةٌ, وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسَةِ أَوْسُقٍ مِنَ اَلتَّمْرِ صَدَقَةٌ ) رَوَاهُ مُسْلِم ٌ

وَلَهُ مِنْ حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ: ( لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسَةِ أَوْسَاقٍ مِنْ تَمْرٍ وَلَا حَبٍّ صَدَقَةٌ ). وَأَصْلُ حَدِيثِ أَبِي سَعِيدٍ مُتَّفَقٌ عَلَيْه

Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tak ada zakat pada perak yang kurang dari 5 auqiyah (600 gram), unta yang jumlahnya kurang dari 5 ekor, dan kurma yang kurang dari 5 ausaq (1050 liter).” Riwayat Muslim.

Menurut riwayatnya dari hadits Abu Said r.a: “Tidak ada zakat pada kurma dan biji-bijian yang kurang dari 5 ausaq (1050 liter).” Asal hadits dari Abu Said itu Muttafaq Alaihi.

MAKNA HADIST

Harta benda tidak dikenakan wajib zakat kecuali apabila jumlahnya telah mencapai nisab. Oleh kerana Itu untuk mengetahui masalah nisab ini bergantung kepada dalil naqli kerana ia termasuk perkara ta’abbudiyyah, maka tidak ada ruang bagi akal untuk ikut campur di dalamnya. Nabi (s.a.w) sendiri yang menjelaskan nisab masing-masing jenis dan batasan bilangan harta itu. Baginda memutuskan bahawa
sesuatu yang jumlahnya masih di bawah nisab tidak wajib dikeluarkan zakatnya
sebagai bentuk kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya sekali gus untuk memberi
keringanan kepada mereka.

FIQH HADIST

1. Perak dan hewan ternak wajib dikeluarkan zakatnya. Hadis ini menjelaskan tentang nisab masing-masing jenis harta yang wajib dikeluarkan zakatnya.

2. Orang yang memiliki buah kurma dan biji-bijian yang jumlah takarannya
lima wasaq atau lebih, maka diwajibkan mengeluarkan zakat, menurut
pendapat jumhur ulama. Tetapi Imam Abu Hanifah tidak mensyaratkan
nisab. Beliau mengatakan bahawa zakat buah-buahan dan biji-bijian
diwajibkan mengeluarkan zakat, baik jumlah takarannya sedikit mahupun banyak, berlandaskan kepada keumuman makna yang terdapat di dalam firman-Nya:

وآتوا حقه يوم حصاده

“… Dan tunaikanlah hak (zakat)nya pada saat memetik hasilnya…” (Surah al-An’Am: 141)

3. Kewajipan membayar zakat gugur pada harta perak yang jumlahnya kurang
dari lima auqiyah, ternakan unta yang jumlahnya kurang dari lima ekor, dan buah kurma serta biji-bijian yang jumlah takarannya kurang daripada lima wasaq.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..