Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 187 : BUDAK NABI JUGA TIDAK BOLEH MENERIMA ZAKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 187

وَعَنْ أَبِي رَافِعٍ رضي الله عنه ( أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بَعَثَ رَجُلًا عَلَى اَلصَّدَقَةِ مِنْ بَنِي مَخْزُومٍ, فَقَالَ لِأَبِي رَافِعٍ: اِصْحَبْنِي, فَإِنَّكَ تُصِيبُ مِنْهَا, قَالَ: حَتَّى آتِيَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْأَلَهُ. فَأَتَاهُ فَسَأَلَهُ, فَقَالَ: ” مَوْلَى اَلْقَوْمِ مِنْ أَنْفُسِهِمْ, وَإِنَّا لَا تَحِلُّ لَنَا اَلصَّدَقَةُ “. )  رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَالثَّلَاثَةُ, وَابْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ

Dari Abu Rafi’ Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus seseorang dari Banu Makhzum untuk mengambil zakat. Orang itu berkata kepada Abu Rafi’: Temanilah aku, engkau akan mendapatkan bagian darinya. Ia menjawab: Tidak, sampai aku menghadap Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam untuk menanyakannya. Lalu keduanya menghadap beliau dan menanyakannya. Beliau bersabda: “Hamba sahaya suatu kaum itu termasuk kaum tersebut, dan sesungguhnya tidak halal zakat bagi kami.” Riwayat Ahmad, Imam Tiga, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban.

MAKNA HADIST

Bekas hamba milik keluarga Nabi (s.a.w) diharamkan menerima zakat, sebagaimana tuan-tuan mereka dari kalangan keluarga Nabi (s.a.w) sebagai menghormati mereka berkat adanya pertalian yang bersifat umum itu, di mana hamba sahaya tersebut adalah orang yang dimerdekakan oleh mereka, meskipun hamba itu bukan dari kalangan nasab mereka. Sesungguhnya pengikut itu menjadi terhormat lantaran kehormatan orang yang diikutinya. Hadis ini mengukuhkan keumuman tafsiran perkataan “keluarga” yang telah diterangkan sebelum ini

FIQH HADIST

Zakat diharamkan atas Nabi (s.a.w), keluarganya dan bekas hamba mereka.
Keterangan yang mendalam mengenai keluarga Nabi (s.a.w) dan hukum mawali mereka telah diketengahkan dalam pembahasan hadis no. 150.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 186 : DIHARAMKAN ZAKAT BAGI BANI HASYIM DAN BANI AL-MUTHALIB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 186

وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رضي الله عنه قَالَ: ( مَشَيْتُ أَنَا وَعُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رضي الله عنه إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, أَعْطَيْتَ بَنِي اَلْمُطَّلِبِ مِنْ خُمُسِ خَيْبَرَ وَتَرَكْتَنَا, وَنَحْنُ وَهُمْ بِمَنْزِلَةٍ وَاحِدَةٍ, فَقَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم “إِنَّمَا بَنُو اَلْمُطَّلِبِ وَبَنُو هَاشِمٍ شَيْءٌ وَاحِدٌ” )  رَوَاهُ اَلْبُخَارِيُّ

Jubair Ibnu Muth’im Radliyallaahu ‘anhu berkata: Aku dan Utsman Ibnu Affan pernah menghadap Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, baginda telah memberi seperlima dari hasil perang Khaibar kepada Banu al-Mutthalib dan baginda meninggalkan kami, padahal kami dan mereka adalah sederajat. Lalu Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Banu al-Mutthalib dan Banu Hasyim adalah satu keluarga.” Riwayat Bukhari.

MAKNA HADIST

Ibn Hajar mengetengahkan satu hadis yang menjadi dalil bagi orang yang mengatakan bahawa Bani al-Mutalib haram menerima zakat kerana mereka adalah saudara Bani Hasyim; mereka dan Bani Hasyim adalah satu keluarga. Oleh kerana Itu Bani al-Mutalib sama dengan Bani Hasyim dalam bahagian dzawil qurba yang ada di dalam baitul mal, maka diharamkan zakat bagi Bani al-Mutalib seperti yang berlaku atas Bani Hasyim. Kesetiaan Bani al-Mutalib terhadap Bani Hasyim berlangsung secara berterusan sejak masa Jahiliah hingga masa Islam. Oleh itu, mereka berhak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Bani Hasyim, meskipun terdapat keturunan yang berlainan nasab, seperti Bani Abd Syams dan Bani Naufal. Namun kesetiaan Bani Abd Syams dan Bani Naufal tidak berlangsung secara berterusan. Sedangkan orang yang mengatakan bahawa Bani al-Mutalib tidak dapat disamakan dengan Bani Hasyim dalam hal pengharaman zakat mengemukakan alasannya bahawa sesungguhnya pemberian Nabi (s.a.w) berupa bahagian dzawul qurba kepada mereka hanya dipandang sebagai penghormatan semata, bukan sebagai hak yang mesti mereka terima

FIQH HADIST

  1. Bani al-Mutalib sama dengan Bani Hasyim dalam bahagian dzawul
    qurba (kerabat Nabi (s.a.w).
  2. Diharamkan zakat bagi Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 184 : TIGA HAL YANG BOLEH MEMINTA-MINTA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 184

وَعَنْ قَبِيصَةَ بْنِ مُخَارِقٍ اَلْهِلَالِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ اَلْمَسْأَلَةَ لَا تَحِلُّ إِلَّا لِأَحَدِ ثَلَاثَةٍ: رَجُلٌ تَحَمَّلَ حَمَالَةً, فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا, ثُمَّ يُمْسِكَ، وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ, اِجْتَاحَتْ مَالَهُ, فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ, وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلَاثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَى مِنْ قَومِهِ: لَقَدْ أَصَابَتْ فُلَانًا فَاقَةٌ; فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ, فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ اَلْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتٌ يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا ( سُحْتًا )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَابْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ 

Dari Qobishoh Ibnu Mukhoriq al-Hilaly Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya meminta-minta tidak dihalalkan kecuali bagi salah seorang di antara tiga macam, yakni orang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya, kemudian ia berhenti; orang yang tertimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup; dan orang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga tiga orang dari kaumnya yang mengetahuinya menyatakan: “Si fulan ditimpa kesengsaraan hidup.” ia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup. Meminta-minta selain tiga hal itu, wahai Qobishoh, adalah haram dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram.” Riwayat Muslim, Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban.

MAKNA HADIST

Meminta sesuatu kepada orang lain merupakan perbuatan hina dan rendah diri, kecuali apabila dalam keadaan mendesak. Ini kerana perbuatan meminta-minta itu sama dengan menconteng muka sendiri dan membuat diri seseorang dianggap remeh. Perbuatan meminta-minta tidak halal dilakukan kecuali oleh salah seorang daripada ketiga golongan berikut: Pertama, seorang lelaki yang mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa hingga dia menanggung hutang, atau dia mendamaikan masalah pembunuhan hingga dia terpaksa menanggung diyat. Maka dia dibolehkan meminta kepada orang kaya sebahagian daripada zakat mereka, meskipun pada kenyataannya dia sendiri adalah orang kaya, tetapi dia tidak dibebani untuk melangsaikan tanggungan tersebut daripada hartanya sendiri. Kedua, orang yang hartanya ditimpa malapetaka, baik yang datang dari langit ataupun dari bumi. Maka dia dibolehkan meminta-minta hingga mendapatkan kembali pegangan hidupnya. Tetapi sesudah keadaannya bertambah baik, maka dia diharamkan meminta-minta. Ketiga, seorang lelaki yang sangat memerlukan bantuan dan disaksikan oleh beberapa orang yang berakal dari kalangan kaumnya, bahawa keadaannya benar-benar sangat dha’if. Maka dihalalkan pula baginya meminta-minta, apabila pada mulanya dia adalah orang kaya, lalu jatuh miskin. Adapun seseorang yang keadaannya belum pernah dikenali sebagai orang kaya sejak semula, maka dihalalkan baginya meminta-minta, sekalipun tanpa memakai wujud saksi

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk berakhlak mulia.
  2. Haram meminta-minta kepada orang lain kecuali apabila dalam terpaksa.
  3. Batasan tentang jumlah pemberian yang diberikan kepada seseorang
    daripada harta zakat, iaitu sebatas apa yang dapat mencukupi keperluan
    si penerimanya. Standarnya berbeda-beda antara satu orang dengan orang
    lain dan ini mesti disesuaikan dengan keperluan mereka masing-masing.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 185 : KENAPA ZAKAT DIHARAMKAN KEPADA NABI MUHAMMAD DAN KELUARGANYA?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 185

وَعَنْ عَبْدِ اَلْمُطَّلِبِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ اَلْحَارِثِ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ اَلصَّدَقَةَ لَا تَنْبَغِي لِآلِ مُحَمَّدٍ, إِنَّمَا هِيَ أَوْسَاخُ اَلنَّاسِ ) وَفِي رِوَايَةٍ: ( وَإِنَّهَا لَا تَحِلُّ لِمُحَمَّدٍ وَلَا آلِ مُحَمَّدٍ )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ 

Dari Abdul Muttholib Ibnu Rabi’ah Ibnu Harits bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya zakat itu tidak patut bagi keluarga Muhammad, karena ia sebenarnya adalah kotoran manusia.” Dan menurut suatu riwayat: “Sesungguhnya ia tidak halal bagi Muhammad dan keluarga Muhammad.” Riwayat Muslim.

MAKNA HADIST

Allah (s.w.t) memuliakan Nabi (s.a.w) dan demikian pula keluarganya sebagai penghormatan bagi mereka di atas pertalian kekerabatan mereka dengan Nabi (s.a.w). Oleh itu, Allah melarang mereka daripada menerima zakat yang merupakan kotoran harta manusia. Kedudukan mereka tidak patut menjadi penadah bagi saki aki kotoran tersebut dan sebagai gantinya Allah memuliakan mereka dengan mengkhususkan seperlima dari seperlima (empat peratus) bahagian ghanimah untuk menjamin dan membuat mereka hidup berkemampuan. Pengharaman zakat ke atas Nabi (s.a.w) telah pun disepakati oleh seluruh ulama. Tetapi bagi keluarga baginda, menurut satu pendapat, zakat diharamkan ke atas mereka secara mutlak, sama ada mereka masih mendapat bahagian dari khumus al- khumus ataupun tidak. Namun menurut pendapat yang lain, apabila mereka tidak mendapat bahagian dari khumus al-khumus, maka zakat dihalalkan ke atas mereka apabila keadaan mereka miskin dan memerlukannya. Akan tetapi, makna zahir kebanyakan hadis yang membincangkan masalah ini telah mengharamkannya dan ini hanya semata-mata berkaitan sedekah wajib atau zakat. Adapun sedekah sunat, maka ia diharamkan ke atas Nabi (s.a.w) menurut kesepakatan semua ulama, namun dihalalkan bagi keluarganya. Sungguhpun demikian, ada segolongan ulama yang memilih tetap mengharamkannya bagi keluarga Nabi (s.a.w) berdasarkan keumuman dalil-dalilnya dan adanya ‘illat hukum, kerana sedekah pun termasuk kotoran harta manusia. Apa yang dimaksudkan dengan keluarga Nabi (s.a.w) adalah kaum kerabatnya, iaitu Bani Hasyim dan Bani al-Mutalib, menurut mazhab al-Syafi’i. Menurut mazhab Maliki dan mazhab Hanbali, keluarga baginda adalah Bani Hasyim sahaja. Sedangkan menurut pendapat mazhab Hanafi, mereka terdiri daripada lima puak yang berakar daripada Bani Hasyim, iaitu keluarga Ali, keluarga al-Abbas, keluarga Ja’far, keluarga ‘Uqail, dan keluarga al-Harits. Tafsiran mazhab Hanafi terhadap maksud keluarga ini cenderung lebih sempit

FIQH HADIST

Zakat diharamkan ke atas Nabi (s.a.w) dan keluarganya. ‘Illat ia diharamkan ialah
menghormati Nabi (s.a.w) dan keluarganya serta untuk membersihkan mereka
daripada kotoran manusiaWallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 184 : BOLEHNYA MEMINTA-MINTA APABILA DALAM KEADAAN TERPAKSA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 184

وَعَنْ قَبِيصَةَ بْنِ مُخَارِقٍ اَلْهِلَالِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِنَّ اَلْمَسْأَلَةَ لَا تَحِلُّ إِلَّا لِأَحَدِ ثَلَاثَةٍ: رَجُلٌ تَحَمَّلَ حَمَالَةً, فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا, ثُمَّ يُمْسِكَ، وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ, اِجْتَاحَتْ مَالَهُ, فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ, وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلَاثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَى مِنْ قَومِهِ: لَقَدْ أَصَابَتْ فُلَانًا فَاقَةٌ; فَحَلَّتْ لَهُ اَلْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ, فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ اَلْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتٌ يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا ( سُحْتًا )  رَوَاهُ مُسْلِمٌ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَابْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ 

Dari Qobishoh Ibnu Mukhoriq al-Hilaly Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya meminta-minta tidak dihalalkan kecuali bagi salah seorang di antara tiga macam, yakni orang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya, kemudian ia berhenti; orang yang tertimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sandaran hidup; dan orang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga tiga orang dari kaumnya yang mengetahuinya menyatakan: “Si fulan ditimpa kesengsaraan hidup.” ia boleh meminta-minta sampai mendapatkan sandaran hidup. Meminta-minta selain tiga hal itu, wahai Qobishoh, adalah haram dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram.” Riwayat Muslim, Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban.

MAKNA HADIST

Meminta sesuatu kepada orang lain merupakan perbuatan hina dan rendah diri, kecuali apabila dalam keadaan mendesak. Ini kerana perbuatan meminta-minta itu sama dengan menconteng muka sendiri dan membuat diri seseorang dianggap remeh. Perbuatan meminta-minta tidak halal dilakukan kecuali oleh salah seorang daripada ketiga golongan berikut: Pertama, seorang lelaki yang mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa hingga dia menanggung hutang, atau dia mendamaikan masalah pembunuhan hingga dia terpaksa menanggung diyat. Maka dia dibolehkan meminta kepada orang kaya sebahagian daripada zakat mereka, meskipun pada kenyataannya dia sendiri adalah orang kaya, tetapi dia tidak dibebani untuk melangsaikan tanggungan tersebut daripada hartanya sendiri. Kedua, orang yang hartanya ditimpa malapetaka, baik yang datang dari langit ataupun dari bumi. Maka dia dibolehkan meminta-minta hingga mendapatkan kembali pegangan hidupnya. Tetapi sesudah keadaannya bertambah baik, maka dia diharamkan meminta-minta. Ketiga, seorang lelaki yang sangat memerlukan bantuan dan disaksikan oleh beberapa orang yang berakal dari kalangan kaumnya, bahawa keadaannya benar-benar sangat dha’if. Maka dihalalkan pula baginya meminta-minta, apabila pada mulanya dia adalah orang kaya, lalu jatuh miskin. Adapun seseorang yang keadaannya belum pernah dikenali sebagai orang kaya sejak semula, maka dihalalkan baginya meminta-minta, sekalipun tanpa memakai wujud saksi

FIQH HADIST

  1. Anjuran untuk berakhlak mulia.
  2. Haram meminta-minta kepada orang lain kecuali apabila dalam terpaksa.
  3. Batasan tentang jumlah pemberian yang diberikan kepada seseorang
    dari harta zakat, yaitu sebatas apa yang dapat mencukupi keperluan
    si penerimanya. Standardnya berbeda-beda antara satu orang dengan orang
    lain dan ini mesti disesuaikan dengan keperluan mereka masing-masing.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 183 : LARANGAN MENERIMA ZAKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 183

وَعَنْ عُبَيْدِ اَللَّهِ بْنِ عَدِيِّ بْنِ اَلْخِيَارِ; ( أَنَّ رَجُلَيْنِ حَدَّثَاهُ أَنَّهُمَا أَتَيَا رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْأَلَانِهِ مِنَ اَلصَّدَقَةِ، فَقَلَّبَ فِيهِمَا اَلْبَصَرَ, فَرَآهُمَا جَلْدَيْنِ, فَقَالَ: “إِنْ شِئْتُمَا, وَلَا حَظَّ فِيهَا لِغَنِيٍّ, وَلَا لِقَوِيٍّ مُكْتَسِبٍ” )  رَوَاهُ أَحْمَدُ وَقَوَّاهُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَالنَّسَائِيُّ

Dari Ubaidillah Ibnu Adiy Ibnu al-Khiyar Radliyallaahu ‘anhu bahwa dua orang menceritakan kepadanya bahwa mereka telah menghadap Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam untuk meminta zakat pada beliau. Lalu beliau memandangi mereka, maka beliau mengerti bahwa mereka masih kuat. Lalu beliau bersabda: “Jika kalian mau, aku beri kalian zakat, namun tidak ada bagian zakat bagi orang kaya dan kuat bekerja.” Riwayat Ahmad dan dikuatkan oleh Abu Dawud dan Nasa’i.

MAKNA HADIST

Orang kaya yang haram menerima zakat ada dua jenis: Pertama, orang kaya hakiki, Yaitu orang yang memiliki banyak harta. Kedua, orang kaya maknawi, Yaitu orang yang kuat lagi memiliki usaha. Dengan berusaha, dia dikategorikan sebagai orang kaya. Orang yang jenis kedua ini pun turut diharamkan menerima zakat, seperti mana yang telah diltegaskan oleh hadis di atas.

FIQH HADIST

  1. Orang yang tidak mempunyai harta berhak menerima zakat.
  2. Zakat haram diberikan kepada dua golongan yang dinilai berkemampuan.
  3. Hanya memiliki kekuatan (kesehatan) bukanlah faktor yang mengharamkannya menerima zakat, melainkan harus dipenuhi oleh syarat lain, yaitu mampu mencari penghidupan.
  4. Orang yang mempunyai usaha dan dapat mencukupi keperluannya tidak
    boleh menerima zakat, karena kedudukannya sama dengan orang yang banyak memiliki harta.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 182 : YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB PEMBAGIAN SODAQOH

HADITS KE 182

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ اَلْخُدْرِيِّ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا تَحِلُّ اَلصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ إِلَّا لِخَمْسَةٍ: لِعَامِلٍ عَلَيْهَا, أَوْ رَجُلٍ اِشْتَرَاهَا بِمَالِهِ, أَوْ غَارِمٍ, أَوْ غَازٍ فِي سَبِيلِ اَللَّهِ, أَوْ مِسْكِينٍ تُصُدِّقَ عَلَيْهِ مِنْهَا, فَأَهْدَى مِنْهَا لِغَنِيٍّ )  رَوَاهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَابْنُ مَاجَهْ, وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ, وَأُعِلَّ بِالْإِرْسَالِ

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Zakat itu tidak halal diberikan kepada orang kaya kecuali lima macam, yaitu: Panitia zakat, atau orang yang membelinya dengan hartanya, atau orang yang berhutang, atau orang yang berperang di jalan Allah, atau orang miskin yang menerima zakat kemudian memberikannya pada orang kaya.” Riwayat Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah. Hadits shahih menurut Hakim, namun ia juga menilainya cacat karena mursal.

MAKNA HADIST

Nabi (s.a.w) melarang daripada memberikan zakat kepada orang kaya dan menjelaskan bahawa memberikan zakat kepada orang kaya hukumnya haram. Apa yang dimaksudkan dengan istilah “sedekah” dalam hadis ini ialah zakat harta benda. Adapun sedekah sunat, jika diberikan kepada orang kaya tentu itu sudah dianggap sah dan pemberinya tetap memperoleh pahala dari apa yang telah diniatkannya. Apa yang dimaksudkan dengan istilah al-Ghaniyy ialah orang yang memiliki harta dalam batasan wajib mengeluarkan zakat. Rasulullah (s.a.w) bersabda: امرت ان آخذها من اغنيائكم وأردها في فقرائكم “Aku telah diperintahkan untuk mengutip zakat dari orang kaya di antara kamu dan mengagihkannya kepada kaum fakir miskin di antara kamu.” Dari hadis ini dapat disimpulkan bahawa lawan kata “orang kaya yang wajib berzakat” ialah “orang miskin yang berhak menerimanya”. Akan tetapi, Nabi (s.a.w) mengecualikan hukum haram ini ke atas lima golongan, meskipun mereka adalah orang kaya, tetapi mereka boleh menerimanya secara halal. Mereka adalah amil zakat, orang yang berhutang, orang yang sedang berjihad di jalan Allah, orang kaya yang memperoleh hadiah daripada orang miskin yang telah menerima zakat, atau orang kaya yang membeli zakat daripada orang miskin kerana zakat tersebut telah menjadi miliknya.

FIQH HADIST

  1. Haram memberikan zakat kepada orang kaya.
  2. Anjuran untuk mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa.
  3. Orang miskin boleh memberikan hadiah kepada orang kaya.
  4. Boleh menjual zakat dan membelinya daripada tangan si penerima, kerana
    zakat itu telah menjadi milik si penerima, hingga sifatnya berubah dan
    lenyaplah nama zakat daripada barang tersebut.
  5. Orang kaya boleh menerima hadiah dari orang miskin.
  6. Dianjurkan menghimpun zakat dari para pemilik harta.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Kategori
004. BAB PEMBAGIAN SHADAQAH / ZAKAT D. KITAB ZAKAT (IBANAH AL-AHKAM) KAJIAN HADITS

HADITS KE 155 : MENDAHULUKAN ZAKAT SEBELUM WAKTUNYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 155

وَعَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه أَنَّ اَلْعَبَّاسَ رضي الله عنه ( سَأَلَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي تَعْجِيلِ صَدَقَتِهِ قَبْلَ أَنْ تَحِلَّ, فَرَخَّصَ لَهُ فِي ذَلِكَ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ, وَالْحَاكِم

Dari Ali bahwa Abbas bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam penyegerakan pengeluaran zakat sebelum waktunya, lalu beliau mengizinkannya. Riwayat Tirmidzi dan Hakim.

MAKNA HADIST

Pada asalnya kewajiban berzakat itu dibayar apabila telah berlalu masa satu tahun bagi harta benda tersebut, sementara menyegerakan pembayaran zakat sebelum jatuh tempoh haul pada asalnya tidak dibolehkan, namun Nabi (s.a.w) memberikan keringanan dalam masalah ini bagi pemilik harta, sehingga si pemilik
harta dibolehkan menunaikannya sebelum waktunya.

Adapun, orang yang diwasiatkan atau yang menjadi wali harta tidak mempunyai hak baginya untuk menyegerakan pembayaran zakat sebelum jatuh waktu haulnya.

FIQH HADIST

Dibolehkan menyegerakan pembayaran zakat sebelum tiba masa waktunya dan ini mengikut pendapat jumhur ulama. Tetapi mereka mensyaratkan beberapaperkara berikut:

PERTAMA, hendaklah pengeluaran zakat dilakukan setelah mencapai nisab;

KEDUA, hendaklah jumlah yang telah mencapai nisab tersebut tidak terputus di tengah-tengah haul;

KETIGA, hendaklah dilakukan di akhir haul;

KEEMPAT, menyegerakan pembayaran zakat hanya boleh dilakukan oleh si pemilik
harta. Oleh itu, tidak sah apabila dilakukan oleh pengelola harta secara wasiat atau
perwalian. Mazhab Maliki mengatakan bahwa mendahulukan zakat boleh dilakukan
dalam jarak waktu satu bulan sebelum tiba masa haul, tetapi makruh menurut
pendapat yang muktamad.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..