السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB SODAQOH
HADITS KE 171
وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ( كُلُّ اِمْرِئٍ فِي ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ اَلنَّاسِ ) رَوَاهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ
Dari Uqbah Ibnu Amir bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Setiap orang bernaung di bawah sedekahnya sehingga ia diputuskan (amal perbuatannya) antara manusia.” Riwayat Ibnu Hibban dan Haki
MAKNA HADIST
Sedekah memiliki keutamaan besar dan pahalanya pun berlimpah. Nabi (s.a.w) memberitakan bahawa setiap orang pada hari kiamat kelak berada di bawah naungan sedekahnya, baik sedekah wajib maupun sedekah sunat. Sedekah tersebut menaunginya dan melindunginya daripada panas terik matahari pada hari yang penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak terperikan itu. Demikianlah manfaat sedekah sunat, dan manfaat yang lebih besar lagi ialah barang siapa yang melakukan kecuaian ketika menunaikan zakat fardu, maka kekurangan itu akan ditutupi oleh sedekah sunat sebagai rahmat, kebaikan dan anugerah dari Allah kepada hamba-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Oleh itu, orang yang berakal semestinya melestarikan sedekah sunat agar sedekahnya itu kelak dapat menutupi segala kekurangan yang ada pada zakat fardu, iaitu pada hari di mana dia sangat memerlukan tambahan amal kebaikan, sekalipun itu hanya sedikit memandangkan pada hari itu dia tidak dapat mengamalkannya dan tiada pula orang yang mahu meminjamkan amal kebaikan Itu kepadan
FIQH HADIS
Dianjurkan bersedekah. Sedekah itu dapat memberikan manfaat kepada pelakunya Pada hari kiamat, di mana sedekahnya itu kelak akan menaunginya pada hari yang Tidak dapat memberikan manfaat kepada seorang pun kecuali hanya apa yang telah dikerjakannya ketika di dunia.
Wallahu a'lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..