
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB PUASA
HADITS KE 189
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ, إِلَّا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا, فَلْيَصُمْهُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan shaum sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang terbiasa shaum, maka bolehlah ia shaum.” Muttafaq Alaihi.
MAKNA HADIST
“`Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang difardukan berdasarkan al-Qur’an,
Sunnah dan ijma’. Allah (s.w.t) berfirman:
ياايهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون ⭕ اياما معدودات…
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam
beberapa hari tertentu….” (Surah al-Baqarah: 183-184)
Dalil yang bersumber daripada sunnah antara lain ialah hadis Ibn Umar (r.a)
di dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa: “Islam dibangun di atas
lima perkara,” antara lain di dalamnya disebutkan: “Dan puasa Ramadhan.”
Seluruh umat Islam telah pun berijma’ akan kewajipan ibadah puasa ini.
Nabi (s.a.w) melarang daripada melakukan puasa sebelum Ramadhan sebagai
langkah berhati-hati, kerana ibadah puasa itu berkaitan dengan ru’yah (melihat
anak bulan). Barang siapa mendahuluinya dengan berpuasa sehari atau dua hari
dengan niat berhati-hati, maka dia melakukan satu perbuatan yang menentang hukum syariat Islam. Akan tetapi dibolehkan berpuasa sebelum Ramadhan bagi
orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa, kemudian kebiasaannya itu bertepatan
dengan hari tersebut“`
FIQH HADIST
- Dilarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan dengan alasan
sebagai langkah berjaga-jaga kerana itu bererti sama dengan menentang
ketetapan syariat Islam dan mencampuradukkan antara sunat dengan fardu. - Anjuran untuk melaksanakan amal ibadah dan amal kebaikan yang biasa
dilakukan oleh seseorang secara berkesinambungan. - Boleh melakukan puasa yang biasa dilakukan oleh seseorang, meskipun
puasa menurut kebiasaannya itu bertepatan dengan sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. - Makruh melakukan puasa sunat dalam sehari atau dua hari sebelum bulan
Ramadhan.
Wallahu a'lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..