السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB SHALAT BERJAMAAH DAN IMAM SHALAT
HADITS KE 336 :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا, وَشَرُّهَا آخِرُهَا, وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا, وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا ) رَوَاهُ مُسْلِم
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sebaik-baik shof laki-laki adalah yang pertama dan sejelek-jeleknya ialah yang terakhir. Dan sebaik-baik shof perempuan adalah yang terakhir dan sejelek-jeleknya ialah yang pertama.” Diriwayatkan oleh Muslim.
MAKNA HADITS :
Allah (s.w.t) beserta para malaikatNya mendoakan orang yang solat pada shaf yang pertama agar memperoleh rahmat. Ini disebabkan posisi mereka yang berdekatan dengan imam disamping menempati shaf yang pertama itu menjadikan seseorang itu lebih menentukan perhatian terhadap sholat yang dikerjakannya (khusyuk). Sekiranya saja orang tahu pahala dibalik mengerjakan sholat pada shaf yang pertama, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan cara merangkak. Apa yang dimaksudkan dengan shaf pertama adalah shaf yang berada di dekat imam. Seburuk-buruk shaf adalah shaf yang paling belakang, kerana shaf yang paling belakang itu sedikit pahalanya. Ini disebabkan orang yang berada pada shaf paling belakang tidak begitu jelas mendengar bacaan imam disamping posisi mereka berdekatan dengan shaf wanita. Dan adakalanya pula mereka mencuri-curi pandang ke arah shaf kaum wanita sekiranya dalam solat jemaah itu terdapat kaum wanita. orang yang berhak menempati shaf pertama dalam solat adalah lelaki yang cerdik dan pandai.
Shaf yang paling baik bagi kaum wanita adalah yang paling belakang karena jaraknya yang jauh dari shaf kaum lelaki. Demikian itu jika kaum wanita sholat berjemaah bersama kaum lelaki. Apabila kaum wanita sholat berjemaah bersama sesama kaum wanita, maka shaf mereka sama seperti shaf lelaki, yaitu shaf pertama adalah lebih utama berbanding shaf-shaf di belakangnya.
FIQH HADITS :
1. Anjuran berada di shaf pertama dan peringatan menjauhi shaf pertama.
2. Jika kaum wanita mengerjakan sholat berjamaah bersama kaum lelaki, shaf yang paling afdhal bagi mereka adalah shaf yang paling belakang. Dari sini dapat
disimpulkan bahawa shaf kaum wanita apabila berada di tempat yang lain, yakni tidak bergabung dengan shaf kaum lelaki sama dengan shaf kaum lelaki, dimana yang paling afdhal bagi mereka ialah shaf yang paling depan dan shaf yang paling sedikit pahalanya ialah shaf yang paling belakang.
3. Kaum wanita disyariatkan membuat shaf-shaf yang sama dengan shaf kaum lelaki.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..