السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB SHALAT BERJAMAAH DAN IMAM SHALAT
HADITS KE 330 :
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا فِي قِصَّةِ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ, وَهُوَ مَرِيضٌ – قَالَتْ: ( فَجَاءَ حَتَّى جَلَسَ عَنْ يَسَارِ أَبِي بَكْرٍ, فَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ جَالِسًا وَأَبُو بَكْرٍ قَائِمًا, يَقْتَدِي أَبُو بَكْرٍ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَيَقْتَدِي النَّاسُ بِصَلَاةِ أَبِي بَكْرٍ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
Dari ‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu tentang kisah sholat berjama’ah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam ketika beliau sakit. ‘Aisyah berkata: Beliau datang dan duduk di sebelah kiri Abu Bakar. Beliau mengimami jama’ah dengan duduk sedang Abu Bakar berdiri. Abu Bakar mengikuti sholat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dan orang-orang mengikuti sholat Abu Bakar. Muttafaq Alaihi.
MAKNA HADITS :
Allah (s.w.t) mengajarkan sopan santun kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dimana tidak seorang pun diantara mereka yang berani melangkah di hadapan
Rasulullah (s.a.w) karena menghormatinya, kecuali jika baginda mengizinkannya.
Allah (s.w.t) berfirman:
يَآأَيُّهَا الَّذِيْنَ أٰمَنُوْا لَا تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَيِ الله وَرَسُوْلِهِ…. (١)
“Hai orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…” (Surah al-Hujurat: 1)
Ketika sakit yang diderita Rasulullah (s.a.w) sudah membaik, baginda menemui jamaah sholat, sementara Abu Bakar sedang menjadi imam kepada mereka. Melihat kedatangan Rasulullah (s.a.w), sahabat yang bermakmum di belakang Abu Bakar lalu bertakbir, kemudian Abu Bakar mundur dan menjadi makmum sekaligus menjadi muballigh bagi imamnya, padahal sebelum itu dia menjadi imam sholat. Meskipun Rasulullah (s.a.w) memberikan isyarat kepadanya agar tetap berada di tempatnya sebagai imam, tetapi demi mengamalkan sopan santun, maka Abu Bakar pun segera mundur, hingga dia berkata kepada Rasulullah (s.a.w) sesudah selesai mengerjakan sholat: : ”Tidaklah patut bagi Ibn Abu Quhafah (yakni dirinya) mendahului Rasulullah.” Akhirnya dia mengerjakan sholat di sebelah kiri Nabi (s.a.w) sebagai muballigh (juru penyampai takbir imam) bagi orang yang bermakmum di belakangnya menerusi suaranya.
FIQH HADITS :
1. Seseorang dibolehkan mengerjakan sholat di sebelah kanan imam, sekalipun ada orang lain bersamanya.
2. Keutamaan Abu Bakar (r.a) ke atas sahabat yang lain.
3. Boleh mengikuti sholat orang yang bermakmum.
4. Boleh mengangkat suara ketika membaca takbir supaya bisa di dengar oleh para makmum.
5. Boleh mengikuti suara makmum.
6. Orang yang sholat sambil berdiri boleh bermakmum di belakang orang yang sholat sambil duduk. Tetapi masalah ini masih diperdebatkan di antara ulama sebagaimana yang telah diuraikan sebelum ini.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..