السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
_*BAB WAKTU SHALAT*_
HADITS KE 131 :
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( أَعْتَمَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ لَيْلَةٍ بِالْعَشَاءِ حَتَّى ذَهَبَ عَامَّةُ اَللَّيْلِ ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى وَقَالَ: “إِنَّهُ لَوَقْتُهَا لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي” ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ
‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Pada suatu malam pernah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengakhirkan shalat Isya’ hingga larut malam. Kemudian beliau keluar dan shalat dan bersabda: “Sungguh inilah waktunya jika tidak memberatkan umatku.” Riwayat Muslim.
MAKNA HADITS :
Waktu-waktu sholat fardu telah diketahui. Mengerjakan sholat fardu di permulaan waktunya adalah lebih afdhal, kecuali sholat Isyak, kerana waktu sholat Isyak amat panjang hingga sepertiga malam yang pertama. Seafdhal-afdhalnya mengerjakan sholat Isyak adalah di akhir sepertiga malam yang pertama. Oleh kerana Nabi (s.a.w) senantiasa menitik beratkan soal keringanan dan kemudahan bagi umatnya, maka baginda meninggalkan yang lebih afdhal kerana belas kasihan kepada mereka dan mereka tidak mengalami kesulitan karenanya.
FIQH HADITS :
Waktu sholat Isyak sangat panjang dan mengerjakan sholat Isyak di akhir waktunya adalah lebih diutamakan selagi itu tidak memberatkan orang banyak (para makmum).
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..