السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB
HADITS KE 93 :
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا اَلْأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا فَقَدْ وَجَبَ اَلْغُسْلُ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
زَادَ مُسْلِمٌ: وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila seorang laki-laki duduk di antara empat bagian (tubuh) wanita lalu mencampurinya maka ia telah wajib mandi.” Muttafaq Alaihi.
Riwayat Muslim menambahkan: “Meskipun ia belum mengeluarkan (air mani).”
MAKNA HADITS :
Bersetubuh termasuk perkara yang mewajibkan mandi junub, kerana di dalamnya terdapat bersatunya kedua alat kelamin antara suami dengan isteri, baik keluar air mani ataupun tidak. Pada permulaan Islam, syari’at memberikan rukhshah bahwa yang diwajibkan mandi hanyalah apabila persetubuhan itu mengeluarkan air mani, sebagaimana yang diterangkan dalam hadits sebelum ini: “Mandi itu (wajib) kerana keluar air mani.” Kemudian syari’at memerintahkan mandi apabila telah memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri, sebab makna jinabah menurut istilah orang Arab secara hakiki ditujukan kepada persetubuhan, sekalipun tidak keluar air mani.
FIQH HADITS :
1. Disunatkan memakai kata sindiran dalam mengungkapkan perkara yang
bersifat aib untuk disebutkan secara langsung.
2. Wajib mandi junub kerana memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan, sekalipun tidak mengeluarkan air mani.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..