DEWAN PIMPINAN PUSAT
IKATAN ALUMNI BATA-BATA

HADITS KE 125 : LARANGAN TOWAF BAGI WANITA YANG SEDANG HAID

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

_*BAB HAID*_

HADITS KE 125 :

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( لَمَّا جِئْنَا سَرِفَ حِضْتُ فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم اِفْعَلِي مَا يَفْعَلُ اَلْحَاجُّ غَيْرَ أَنْ لَا تَطُوفِي بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِي ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ فِي حَدِيث

‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Ketika kami telah tiba di desa Sarif (terletak di antara Mekah dan Madinah) aku datang bulan. Maka Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang haji namun engkau jangan berthawaf di Baitullah sampai engkau suci. Muttafaq Alaihi dalam hadits yang panjang.

MAKNA HADITS :

Nabi (s.a.w) menetapkan cara penyelesaian bagi permasalahan yang dialami oleh kaum wanita ketika melakukan ibadah haji. Oleh sebab itu, baginda menjelaskan wanita yang sedang haid dan nifas dinyatakan sah melakukan semua amal ibadah haji atau umrah kecuali bertawaf di Baitullah, kerana syarat bertawaf adalah suci. Jika seorang wanita telah bersuci dari haid atau nifas, maka ketika itu dia baru dibolehkan memasuki Masjid al-Haram untuk kemudian bertawaf.

Ini merupakan salah satu rahmat bagi kaum wanita dan merupakan salah satu kemudahan agama Islam sekaligus menjelaskan keutamaan tawaf, dimana seorang wanita turut disyaratkan mematuhi syarat ketika hendak mengerjakan sholat, yaitu bersuci dan menutup aurat.

FIQH HADITS :

1. Wanita yang sedang haid dilarang tawaf sebelum bersuci dari haid, kerana suci merupakan salah satu syarat bagi sahnya tawaf.

2. Wanita yang haid diperbolehkan melakukan semua manasik haji yang lain kerana manasik haji itu tidak bergantung kepada keadaan suci sebagaimana tawaf dan sholat.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

#TERKINI

#WARTA

#HUKUM