DEWAN PIMPINAN PUSAT
IKATAN ALUMNI BATA-BATA

HADITS KE 99 : DIHARAMKAN MEMBACA AL QU’AN BAGI ORANG JUNUB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB

HADITS KE 99 :

وَعَنْ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا اَلْقُرْآنَ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَهَذَا لَفْظُ اَلتِّرْمِذِيِّ وَحَسَّنَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان

Ali Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam selalu membaca Al-Qur’an pada kami selama beliau tidak junub. Riwayat Imam Tujuh dan lafadznya dari Tirmidzi. Hadits ini shahih menurut Tirmidzi dan hasan menurut Ibnu Hibban.

MAKNA HADITS :

Al-Qur’an adalah kalamullah yang qadim, diturunkan melalui Malaikat Jibril yang terpercaya dengan bahasa Arab yang jelas. Membaca al-Qur’an sangat bermanfaat bagi pembacanya dan dapat menyingkirkan segala bentuk kesusahan dan dukacita dari dalam dirinya dengan meresapi perjalanan perilaku umat terdahulu di masa lampau. Jangan anda sesekali membacanya dalam keadaan berhadas besar. Ini hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan demi menjaga keutamaan al-Qur’an dan mengagungkan firman Allah (s.w.t).

FIQH HADITS :

Orang yang junub diharamkan membaca al-Qur’an. Abu Ya’la menyebut satu hadits dari ‘Ali (r.a):

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم توضئ ثم قرأ شيئا من القرأن ثم قال : هكذا لمن ليس بجنب فأما الجنب فلا ولو جنبا

“Saya pernah melihat Rasulullah (s.a.w) berwuduk, kemudian membaca ayat al-
Qur’an lalu baginda bersabda: “Keadaan sebegini dibolehkan bagi orang yang tidak berjunub. Adapun orang yang junub sama sekali tidak diperbolehkan,
sekalipun hanya satu ayat.”

Kesemua hadits tsiqah dan hadis ini dengan jelas mengharamkan orang junub membaca al-Qur’an kerana mengandung makna larangan. Hadits ini lebih tegas lagi dari hadits di atas kerana hadits di atas mengisahkan tentang perbuatan Nabi (s.a.w).

Namun mazhab Maliki mengecualikan apabila ayat yang dibacanya itu sedikit
dan bertujuan melindungi diri dari gangguan syaitan seperti Ayat al-Kursi,
Surat al-Ikhlash dan al-Mu’awwidzatain.

Imam Ahmad mengatakan bahawa diberi keringanan bagi orang yang berjunub membaca satu ayat atau yang semisal dengannya.

Sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memperbolehkan membaca sebahagian dari satu ayat.

Ulama mazhab al-Syafi’i juga berkata: “Diperbolehkan membaca ayat-ayat al-
Qur’an dengan tujuan untuk berzikir dan bukan berniat membaca al-Qur’an.”
Apapun, memegang mushaf adalah diharamkan bagi orang yang junub,
sekalipun memakai penghalang atau menggunakan dengan kayu. Inilah pendapat mayoritas ulama.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

#TERKINI

#WARTA

#HUKUM