DEWAN PIMPINAN PUSAT
IKATAN ALUMNI BATA-BATA

HADITS KE 95 : SEBAB-SEBAB ANJURAN MANDI BESAR (ADUS)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB TENTANG MANDI DAN JUNUB

HADITS KE 95 :

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَغْتَسِلُ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ اَلْجَنَابَةِ وَيَوْمَ اَلْجُمُعَةِ وَمِنْ اَلْحِجَامَةِ وَمِنْ غُسْلِ اَلْمَيِّتِ ) رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة

‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam biasanya mandi karena empat hal: jinabat hari Jum’at berbekam dan memandikan mayit. Riwayat Abu Dawud dan dinyatakan shahih oleh Ibnu Khuzaimah.

MAKNA HADITS :

Nabi (s.a.w) mandi kerana sesuatu perkara dan memerintahkan mandi kerana beberapa perkara yang lain. Baginda mandi kerana berjunub, mandi untuk hari Jum’at dan mandi pula setelah berbekam kerana darah biasanya menyebar ke seluruh tubuh hingga sukar membasuhnya hanya pada bagian tertentu.

Menyedot darah dengan alat dapat menyebabkan darah keluar dari setiap sisi yang disedot, sedangkan mandi dapat menghentikan mengalirnya darah dan mencegah keluarnya darah secara berlebihan.

Kemestian mandi setelah memandikan jenazah adalah disebabkan tubuh

orang yang memandikannya selalunya sukar menghindar dari terkena percikan air. Jika seseorang tahu yang dirinya bakal mandi sesudah itu, maka dia tidak lagi ragu memandikan jenazah dan menyentuh tubuhnya. Apapun, belum pernah terdengar bahwa Nabi (s.a.w) pernah memandikan jenazah.

FIQH HADITS :

1. Wajib mandi kerana berjunub meskipun hanya sekedar hubungan seks sekalipun tanpa keluar air mani.

2. Disyariatkan mandi pada hari Jum’at, sesudah berbekam dan sesudah memandikan jenazah.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

#TERKINI

#WARTA

#HUKUM