
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB SODAQOH
HADITS KE 181
وَعَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( اَلْمَسْأَلَةُ كَدٌّ يَكُدُّ بِهَا اَلرَّجُلُ وَجْهَهُ, إِلَّا أَنْ يَسْأَلَ اَلرَّجُلُ سُلْطَانًا, أَوْ فِي أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ
Dari Samurah Ibnu Jundab Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Meminta-minta adalah cakaran seseorang terhadap mukanya sendiri, kecuali meminta kepada penguasa atau karena suatu hal yang amat perlu.” Hadits shahih riwayat Tirmidzi.
MAKNA HADIST
Nabi (s.a.w) menetapkan bahawa perbuatan meminta-minta kepada orang lain tanpa keperluan yang mendesak merupakan perbuatan tercela, kerana akibat perbuatan itu akan menyebabkan pelakunya menanggung kehinaan meminta- minta dan keburukan mengharap supaya diperkenankan permintaannya itu. Akan tetapi, baginda mengecualikan dua perkara dalam masalah ini: Pertama, seseorang meminta kepada sultan supaya mendapat bahagiannya daripada harta baitul mal kerana dia mempunyai hak di dalamnya. Di samping itu, meminta sesuatu kepada sultan tidak ada salahnya, kerana sultan adalah orang yang dipercayai untuk memikul amanah umat di samping sebagai wakil rakyat, sehingga tidak ada salahnya jika seseorang meminta haknya kepada wakilnya. Kedua, seseorang yang meminta suatu perkara, sedangkan perkara tersebut tidak akan dapat diwujudkan kecuali dengan cara meminta-minta kerana keadaan darurat, misalnya kemiskinan yang amat sangat atau memerlukan bantuan darah atau hutang yang tidak mampu dia langsaikan
FIQH HADIST
- Barang siapa yang menginginkan wajahnya kelak di hari kiamat tidak
didapati Suatu noda, maka hendaklah dia memelihara dirinya daripada
perbuatan meminta-minta. - Meminta kepada sultan tidak dianggap berdosa, kerana meminta kepada
sultan sama halnya dengan meminta sebagian dari hak si peminta
yang ada di baitul mal. - Tidak dianggap dosa meminta sesuatu karena darurat dan tidak ada jalan
lain kecuali dengan cara meminta, misalnya seseorang yang dibelenggu
oleh hutang akibat mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa, seseorang
yang jatuh miskin, atau seseorang yang hartanya habis dilanda musibah.
Wallahu a'lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..