
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB SODAQOH
HADITS KE 175
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( ” تَصَدَّقُوا ” فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ, عِنْدِي دِينَارٌ? قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ ” قَالَ: عِنْدِي آخَرُ, قَالَ: ” أَنْتَ أَبْصَرُ “. ) رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Bersedekahlah.” Lalu seorang laki-laki berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai satu dinar? Beliau bersabda: “Bersedekahlah pada dirimu sendiri.” Orang itu berkata: Aku mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk anakmu.” Orang itu berkata: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk istrimu.” Orang itu berkata: Aku masih punya yang lain. Beliau bersabda: “Sedekahkan untuk pembantumu.” Orang itu berkata lagi: Aku masih mempunyai yang lain. Beliau bersabda: “Kamu lebih mengetahui penggunaannya.” Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Hakim.
MAKNA HADIAS
Nabi (s.a.w) menganjurkan umatnya untuk bersedekah, sehingga baginda bersabda: “Bersedekahlah kamu!” Oleh kerana menginfakkan harta itu harus dimulakan dengan yang lebih penting secara berurutan, iaitu diberikan kepada kerabat yang paling dekat terlebih dahulu, kemudian menyusul kerabat yang jauh, maka ada seorang lelaki bertanya mengenai urutan tersebut seraya berkata: “Aku memiliki satu dinar.” Lalu Rasulullah (s.a.w) memberinya petunjuk supaya dia memulakannya dengan dirinya sendiri, kerana menafkahi diri sendiri merupakan sedekah. Kemudian lelaki itu bertanya lagi tentang orang yang berhak diberi sedekah sesudahnya, dan Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar dia menyedekahkannya untuk anaknya yang masih kecil atau yang belum mampu berusaha. Ini berlaku apabila dia tidak mempunyai isteri. Jika mempunyai isteri, maka nafkah didahulukan untuk isterinya, kemudian barulah anaknya. Sesudah itu lelaki tersebut bertanya tentang orang selanjutnya berhak menerima sedekah, maka Nabi (s.a.w) menyuruhnya memberi nafkah kepada pembantunya. Ini mencakup hamba sahaya dan orang lain dari kalangan orang yang dia jamin nafkahnya. Kemudian Nabi (s.a.w) memberinya petunjuk agar memberikan nafkahnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki
FIQH HADIST
- Dianjurkan menyedekahkan lebihan harta setelah keperluan diri sendiri
mencukupi, begitu juga keperluan orang yang dijamin penghidupannya
oleh orang yang berkenaan. - Hendaklah memulai pemberian sedekah kepada orang yang paling
dekat hubungan kekeluargaan, setelah itu baru kerabat yang jauh; dimulai
dengan yang lebih penting, kemudian yang penting. Menjelaskan nafkah itu wajib diberikan kepada orang yang urutannya telah disebutkan di dalam
hadis ini.
Wallahu a'lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..