HADITS KE 174 : ANJURAN BERSEDEKAH KEPADA YANG PALING BER HAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB SODAQOH

HADITS KE 174

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: ( قِيلَ يَا رَسُولَ اَللَّهِ: أَيُّ اَلصَّدَقَةِ أَفْضَلُ? قَالَ: “جُهْدُ اَلْمُقِلِّ, وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ” )  أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ, وَأَبُو دَاوُدَ, وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَةَ, وَابْنُ حِبَّانَ, وَالْحَاكِمُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya: Wahai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam, sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Sedekah orang yang tak punya, dan mulailah (memberi sedekah) atas orang yang banyak tanggungannya. Dikeluarkan oleh Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim. 

MAKNA HADITS

Para sahabat sentiasa ingin memperbanyak pahala. Untuk itu, mereka bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang sedekah yang paling banyak pahalanya. Lalu Rasulullah (s.a.w) memberitakan kepada mereka bahawa sedekah yang paling banyak pahalanya ialah yang dikeluarkan oleh seorang yang fakir lagi sabar dalam menanggung kemiskinannya dan merasa cukup dengan penghidupannya yang serba kekurangan itu. Sedekah ini mereka keluarkan mengikut kemampuannya. Pengertian ini dijelaskan oleh hadis lain yang diketengahkan oleh al-Nasa’i daripada Abu Dzar (r.a) bahawa: “Nabi (s.a.w) bersabda
Satu dirham telah mendahului seratus ribu dirham, iaitu seorang lelaki mempunyai dua dirham, lalu dia mengambil salah satunya dan menyedekahkannya dan seorang lelaki lain mempunyai harta banyak sekali, lalu dia mengambil dari hartanya yang berlimpah itu seratus ribu dirham dan menyedekahkannya

Sedangkan di dalam hadis yang lain disebutkan pula sebagai berikut:
Sebaik-baik sedekah ialah yang dikeluarkan dalam keadaan berkemampuan

Kedua-dua hadis ini perlu digabungkan pengertiannya untuk mengelakkan pemahaman yang saling bercanggah iaitu keadaan tersebut berbeza-beza mengikut perbezaan keadaan setiap orang sejauh mana kemudahan dan kesulitan ekonomi, sejauh mana pula niat dan ikhlas dalam berinfak.

FIQH HADIST

  1. Tidak makruh menyedekahkan semua harta bagi orang yang mampu bersabar dan bertawakal kepada Allah (s.w.t). Sedekah orang miskin yang sabar, sekalipun sedikit jumlahnya, jauh lebih baik daripada sedekah orang yang memiliki harta banyak, sekalipun sedekahnya itu besar jumlahnya. Ini
    kerana orang miskin memberikannya pada saat dia sangat memerlukannya.
    Untuk itu, dia harus melawan diri, hawa nafsu dan menanggung bebanan
    yang sukar ditanggung oleh orang kaya.
  2. Anjuran untuk bersedekah bahwa sedekah itu terlebih dahulu untuk kaum
    kerabat sebelum memberikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *