DEWAN PIMPINAN PUSAT
IKATAN ALUMNI BATA-BATA

HADITS KE 157 : ZAKAT PERTANIAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

《JILID II (DUA)》

BAB ZAKAT

HADITS KE 157

وَعَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اَللَّهِ, عَنْ أَبِيهِ, عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( فِيمَا سَقَتِ اَلسَّمَاءُ وَالْعُيُونُ, أَوْ كَانَ عَثَرِيًّا: اَلْعُشْرُ, وَفِيمَا سُقِيَ بِالنَّضْحِ: نِصْفُ اَلْعُشْرِ. ) رَوَاهُ اَلْبُخَارِيّ ُ. وَلِأَبِي دَاوُدَ: ( أَوْ كَانَ بَعْلًا: اَلْعُشْرُ, وَفِيمَا سُقِيَ بِالسَّوَانِي أَوِ اَلنَّضْحِ: نِصْفُ اَلْعُشْرِ )

Dari Salim Ibnu Abdullah, dari ayahnya r.a, bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tanaman yang disiram dengan air hujan atau dengan sumber air atau dengan pengisapan air dari tanah, zakatnya sepersepuluh, dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia, zakatnya seperduapuluh.” Riwayat Bukhari. Menurut riwayat Abu Dawud: “Bila tanaman ba’al (tanaman yang menyerap air dari tanah), zakatnya sepersepuluh, dan tanaman yang disiram dengan tenaga manusia atau binatang, zakatnya setengah dari sepersepuluh (1/20).”

MAKNA HADIST

Sebab penyiraman tanaman menggunakan alat penyiraman memerlukan jerih payah dan usaha tambahan, maka syariat Islam mengurangi sebahagian zakat yang wajib ditunaikan sebagai rahmat kepada hamba Allah. Oleh itu, Nabi (s.a.w) menetapkan zakatnya hanya setengah daripada sepersepuluh.

Penyiraman tanaman melalui air hujan dan air sungai dilakukan tanpa susah payah seperti mana keadaan pertama, maka syariat Islam menetapkan zakatnya Adalah sepersepuluh.

Dengan demikian, hadis yang mengatakan bahawa “yang jumlahnya kurang
daripada lima wasaq tidak wajib dikeluarkan zakatnya” men-takhshish hadis ini
memandangkan maknanya yang bersifat umum.
Sabda Nabi (s.a.w) yang mengatakan bahawa tanaman yang diairi oleh hujan
maka zakatnya adalah sepersepuluh. Maksudnya ialah apabila hasilnya mencapai
Lima wasaq. Ini kerana sebahagian Sunnah boleh men-takhshish sebahagian yang
lain. Hadis yang menerangkan ukuran wasaq berkedudukan sahih menjelaskan
kadar yang harus dikeluarkan zakatnya, sehingga hadis tersebut wajib diamalkan
Untuk membatasi pengertian umum yang terdapat pada hadis yang lain dalam
masalah yang sama.

FIQH HADIST

1. Hasil tanaman wajib dikeluarkan zakatnya.

2. Wajib mengeluarkan sepersepuluh dari hasil tanaman yang pengairannya tidak menggunakan alat penyiraman untuk memberikan keluasan bagi orang fakir.

3. Wajib mengeluarkan setengah dari sepersepuluh hasil tanaman yang pengairannya dilakukan dengan menggunakan alat penyiraman yang memerlukan tenaga dan biaya untuk meringankan pemilik harta.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

#TERKINI

#WARTA

#HUKUM