السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB ZAKAT
HADITS KE 153
وَعَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ, عَنْ أَبِيهِ, عَنْ جَدِّهِ; عَبْدِ اَللَّهِ بْنِ عَمْرِوٍ; أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ( مِنْ وَلِيَ يَتِيمًا لَهُ مَالٌ, فَلْيَتَّجِرْ لَهُ, وَلَا يَتْرُكْهُ حَتَّى تَأْكُلَهُ اَلصَّدَقَةُ ) رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ, وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَإِسْنَادُهُ ضَعِيف ٌ. وَلَهُ شَاهِدٌ مُرْسَلٌ عِنْدَ اَلشَّافِعِيّ ِ
Dari Amar Ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari Abdullah Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa mengurus anak yatim yang memiliki harta, hendaknya ia memperdagangkan harta itu untuknya, dan tidak membiarkannya sehingga dimakan oleh zakat.” Riwayat Tirmidzi dan Daruquthni, sanadnya lemah. Hadits ini mempunyai saksi mursal menurut Syafi’i.
MAKNA HADIST
Zakat diwajibkan atas harta milik anak-anak apabila kepemilikannya sempurna dan telah melewati masa satu tahun serta mencapai jumlah nisab. Orang yang diperintahkan untuk mengeluarkannya adalah wali dari anak-anak
itu, kerana anak itu masih belum mukallaf. Inilah pendapat jumhur ulama. Tetapi menurut Imam Abu Hanifah, harta anak-anak tidak dikenakan wajib zakat kerana diqiyaskan kepada masalah bahawa dia tidak wajib mengerjakan solat.
Namun pendapat Imam Abu Hanifah ini disanggah bahawa zakat itu termasuk
ke dalam bab perintah secara wadh’i, bukan perintah yang berkaitan dengan taklif (usia baligh).
FIQH HADIST
1. Harta anak-anak wajib dikeluarkan zakatnya, sama dengan harta orang mukallaf. Jumhur ulama mengatakan bahawa orang yang mengeluarkan zakat adalah wali dari anak-anak itu sebagai wakilnya. Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa harta anak-anak tidak wajib dikeluarkan zakatnya kerana anak-anak masih belum mukallaf berlandaskan kepada
hadis yang mengatakan: “Qalam diangkat daripada kanak-kanak hingga dia berusia baligh, sampai akhir hadis.” Ini membawa maksud bahawa anak-anak itu dimaafkan hingga dia mencapai usia baligh.
2. Orang yang mengurus urusan anak yatim yang berharta diwajibkan mengembangkannya dengan cara berdagang atau cara lain agar harta anak yatim itu tidak habis kerana membayar zakat.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..