السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID II (DUA)》
BAB ZAKAT
HADITS KE 149:
وَلِأَبِي دَاوُدَ: ( وَلَا تُؤْخَذُ صَدَقَاتُهُمْ إِلَّا فِي دُورِهِمْ ). وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَيْسَ عَلَى اَلْمُسْلِمِ فِي عَبْدِهِ وَلَا] فِي [ فَرَسِهِ صَدَقَةٌ ) رَوَاهُ اَلْبُخَارِيّ ُ. وَلِمُسْلِمٍ: ( لَيْسَ فِي اَلْعَبْدِ صَدَقَةٌ إِلَّا صَدَقَةُ اَلْفِطْرِ )
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak wajib zakat bagi orang islam atas hambanya dan kudanya.” Riwayat Bukhari. Menurut riwayat Muslim: “Tidak ada zakat bagi hamba kecuali zakat fitrah.”
MAKNA HADITS :
Memiliki kuda dan hamba sahaya untuk dirinya sendiri tidak dikenakan kewajiban
membayar zakat, kecuali apabila keduanya diniagakan. Ini merupakan salah satu
keistimewaan syariat Islam. Zakat itu bukan pada zatnya, melainkan pada nilainya,
sama seperti barang-barang perniagaan.
Imam Abu Hanifah mengemukakan pendapat yang berbeda dalam masalah kuda, tetapi semua ulama bersepakat bahwa zakat fitrah untuk budak dibebankan kepada tuannya
FIQH HADITS :
1. Tuan hamba wajib membayarkan zakat fitrah hambanya secara mutlak, baik hambanya itu untuk dijadikan sebagai hak milik ataupun untuk
diperjualbelikan.
2. Harga hamba wajib dikeluarkan zakat apabila hamba sahaya itu diperjualbelikan, karena zakat barang perniagaan wajib hukumnya menurut kesepakatan ulama. Manakala pendapat mazhab Zhahiri yang mengecualikan kuda pula tidak dapat dijadikan sebagai pegangan.
3. Hamba sahaya yang tidak diperjualbelikan tidak dikenakan wajib zakat.
4. Kuda tidak wajib dikeluarkan zakatnya secara mutlak menurut pendapat jumhur ulama. Tetapi Imam Abu Hanifah membuat perincian dalam masalah ini. Dalam kaitan ini, beliau berkata: “Kuda wajib dikeluarkan zakatnya apabila kuda itu terdiri daripada jenis jantan dan betina serta
digembalakan, dan pemiliknya dibolehkan memilih di mana dia boleh membayar satu dinar untuk setiap ekor kuda atau mentaksir harganya, kemudian mengeluarkan zakatnya sebanyak dua setengah peratus tanpa perlu menunggu nisab. Pemilik ternakan kuda yang hanya terdiri daripada jenis jantan sahaja tidak dikenakan wajib zakat; kecuali jika kesemuanya terdiri daripada jenis betina, maka dia dikenakan wajib zakat.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..