السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID KE II (DUA)》
BAB SHALAT JUM’AT
HADITS KE 20 :
وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ الله رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: ( كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم إِذَا خَطَبَ, احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ, وَعَلَا صَوْتُهُ, وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ, حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ: صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ, وَيَقُولُ: “أَمَّا بَعْدُ, فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ الله, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْي ُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ) رَوَاهُ مُسْلِمٌ. وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ كَانَتْ خُطْبَةُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الْجُمُعَةِ: ( يَحْمَدُ الله وَيُثْنِي عَلَيْهِ, ثُمَّ يَقُولُ عَلَى إِثْرِ ذَلِكَ, وَقَدْ عَلَا صَوْتُهُ ) وَفِي رِوَايَةٍ لَهُ: ( مَنْ يَهْدِه ِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ ) وَلِلنَّسَائِيِّ: ( وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ )
Jabir Ibnu Abdullah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bila berkhotbah memerah kedua matanya, meninggi suaranya, dan mengeras amarahnya seakan-akan beliau seorang komandan tentara yang berkata: Musuh akan menyerangmu pagi-pagi dan petang. Beliau bersabda: “Amma ba’du, sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baiknya petunjuk ialah petunjuk Muhammad, sejelek-jelek perkara ialah yang diada-adakan (bid’ah), dan setiap bid’ah itu sesat.” Diriwayatkan oleh Muslim. Dalam suatu riwayatnya yang lain: Khutbah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pada hari Jum’at ialah: Beliau memuji Allah dan mengagungkan-Nya, kemudian beliau mengucapkan seperti khutbah di atas dan suaru beliau keras. Dalam suatu riwayatnya yang lain. “Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada orang yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada orang yang dapat memberikan hidayah padanya.” Menurut riwayat Nasa’i: “Dan setiap kesesatan itu tempatnya di neraka.”
MAKNA HADITS :
Disyariatkan menyampaikan dua khutbah untuk tujuan memberi nasihat, peringatan dan ancaman. Allah (s.w.t) berfirman:
فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ (٩)
“… Maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli…” (Surah al-Jumu’ah: 9)
Kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi (s.a.w) ketika berkhutbah ialah memulai dengan membaca hamdalah, dua kalimat syahadat, dan shalawat serta salam ke atas Nabi (s.a.w) beserta keluarganya. Kemudian disusul dengan
membaca Amma Ba’du, anjuran untuk bertaqwa dan membaca suatu ayat dari al-Qur’an pada salah satu dari khutbah itu. Semua itu merupakan penjelasan
terhadap apa yang terdapat di Surah al-Jumu’ah.
Antara petunjuk Nabi (s.a.w) ialah baginda menyampaikan khutbah dalam keadaan berdiri, dibaca dengan suara yang keras serta menggunakan bahasa singkat dan padat yang mengandung targhib dan tarhib. Semua disampaikan dalam gaya bahasa yang fasih lagi sempurna dan sarat dengan isi serta bimbingan. Dalam
hal itu, Imam Malik berkata: “Khutbah masih belum mencukupi kecuali apabila telah memenuhi syarat-syarat khutbah.
FIQH HADITS :
1. Khatib disunatkan menyampaikan khutbah dengan penuh tumpuan, menguatkan suara ketika membacanya, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan memuatkan targhib dan tarhib, serta menyentuh isu-isu sosial yang sedang berlaku. Dengan kata lain, khutbah hendaklah memuatkan isu-isu yang sedang terjadi, bukan memuatkan isu-isu lama yang tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman dan tidak memiliki kesan.
2. Disunatkan memulai khutbah dengan kalimat Amma Ba’du, baik dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya maupun dalam ceramah biasa.
3. Khutbah hendaklah memuat perintah untuk bertakwa kepada Allah, anjuran melakukan kewajipan yang boleh mendatangkan ridha Allah, dan
peringatan dari melakukan perbuatan yang menimbulkan murka-Nya.
4. Khutbah dimulai dengan pujian dan sanjungan kepada Allah setiap kali memulai khutbah Jum’at.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..