السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
《JILID KE II (DUA)》
BAB SHALAT ORANG BEPERGIAN DAN ORANG SAKIT
HADITS KE 12 :
وَعَنْ جَابِرٍ قَالَ: ( عَادَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم مَرِيضًا, فَرَآهُ يُصَلِّي عَلَى وِسَادَةٍ, فَرَمَى بِهَا, وَقَالَ: “صَلِّ عَلَى اَلْأَرْضِ إِنْ اِسْتَطَعْتَ, وَإِلَّا فَأَوْمِ إِيمَاءً, وَاجْعَلْ سُجُودَكَ أَخْفَضَ مِنْ رُكُوعِكَ” ) رَوَاهُ اَلْبَيْهَقِيُّ. وَصَحَّحَ أَبُو حَاتِمٍ وَقْفَهُ
Jabir r.a: Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam pernah menjenguk orang sakit. Beliau melihat orang itu sedang sholat di atas bantal, lalu beliau membuangnya. Beliau bersabda: “Sholatlah di atas tanah bila engkau mampu, jika tidak maka pakailah isyarat, dan jadikan (isyarat) sujudmu lebih rendah daripada (isyarat) ruku’mu.” Riwayat Baihaqi dan Abu Hatim membenarkan bahwa hadits ini mauquf.
MAKNA HADITS :
Syariat Islam memberikan keringanan dengan dibolehkan mengerjakan sholat dengan isyarat apabila seseorang tidak mampu sujud di atas tanah. Rasulullah (s.a.w) memberikan petunjuk bahwa hendaklah seseorang membedakan antara isyarat untuk rukuk dan sujud dengan cara lebih merendahkan isyarat untuk sujud berbanding isyarat untuk rukuk. Begitupun, dia tidak boleh mengangkat sesuatu dari tanah untuk digunakan sebagai tempat sujud ketika menggunakan
isyarat untuk sujud. Oleh itu, Nabi (s.a.w) mengingkari perbuatan seseorang yang meletakkan bantal sebagai tempat sujud, lalu baginda mencampakkan bantal itu.
FIQH HADITS :
1. Disyariatkan melawat orang yang sedang sakit.
2. Orang yang sedang sakit ketika mengerjakan sholat tidak boleh memakai suatu objek sebagai tempat bersujud.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..