السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB SUJUD SAHWI, SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR
HADITS KE 282 :
وَعَنْ اِبْنِ عُمَرَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ : ( كَانَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ عَلَيْنَا اَلْقُرْآنَ فَإِذَا مَرَّ بِالسَّجْدَةِ كَبَّرَ وَسَجَدَ وَسَجَدْنَا مَعَهُ ) رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ بِسَنَدٍ فِيهِ لِيِنٌ
Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu berkata: Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam selalu membacakan Al-Qur’an pada kami maka apabila melewati bacaan ayat sajadah beliau bertakbir dan sujud lalu kami sujud bersama beliau Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang lemah
MAKNA HADITS :
Al-Qur’an mengandung berkah dan rahmat. Orang yang membacanya diberi ganjaran pahala dan orang yang mendengarkannya mendapat limpahan rahmat, kerana dia turut meresapi maknanya dan turut serta dalam amal kebaikan. Disini syariat mensunahkan pendengar untuk turut melakukan sujud tilawah jika pembaca melakukan, sebab pembaca memiliki kedudukan yang sama dengan imam dalam solat.
Sujud tilawah terdiri dari takbir iftitah. Ini telah disepakati oleh ulama. Ia turut mengandung takbir intiqal yang masih diperselisihi oleh ulama dan takbir mengangkat tubuh. Tetapi apakah seseorang itu mesti membaca tasyahhud dan salam karena diqiyaskan dengan tahlil dan tahrim seperti selesai mengerjakan solat, masalah ini masih diperselisihkan.
FIQH HADITS :
1. Melakukan takbir iftitah untuk sujud tilawah.
2. Pendengar ayat sajadah hendaknya turut melakukan sujud ketika pembaca melakukan sujud.
3. Disyariatkan duduk diantara himpunan para rekan apabila mengajarkan kepada mereka hukum-hukum yang bersumber dari al-Qur’an dan kisah umat-umat terdahulu.
Perhatian :
Di dalam Sunnah telah disebutkan doa yang dibaca ketika melakukan sujud
tilawah. Di dalam hadis Ibn Abbas (r.a) telah disebutkan bahawa Nabi (s.a.w)
dalam sujud tilawah membaca doa berikut:
اللَّهُمَّ اكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْرًا، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْرًا، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْرًا، وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُدَ
“Ya Allah, catatlah sujud ini sebagai pahala buatku di sisi-Mu dan jadikan ini sebagai simpananku di sisi-Mu, dan ampuni dosaku karenanya serta terimalah sujudku ini dariku sebagaimana Engkau telah menerimanya dari hamba-Mu Nabi Dawud.”
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..