السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB SUJUD SAHWI, SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR
HADITS KE 274 :
وَعَنْ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : ( لَيْسَ عَلَى مَنْ خَلَفَ اَلْإِمَامَ سَهْوٌ فَإِنْ سَهَا اَلْإِمَامُ فَعَلَيْهِ وَعَلَى مَنْ خَلْفَهُ ) رَوَاهُ اَلْبَزَّارُ وَالْبَيْهَقِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ
Dari Umar Radliyallaahu ‘anhu dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bahwa beliau bersabda: Bagi makmum itu tidak ada lupa maka jika imam lupa wajiblah sujud sahwi atas imam dan makmum Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Baihaqi dengan sanad yang lemah
MAKNA HADITS :
Imam dalam solat ibarat juru syafaat bagi para makmum dan pemimpin mereka ketika menjalankan ibadah yang paling mulia ini. Makmum wajib mengikuti imam dan haram mendahuluinya. Imam adalah orang yang bertanggung jawab di atas
segala tindakan yang dilakukannya. Dalam hadis yang lain disebutkan:
اَلْمُؤَذِّنُ أَمِيْنٌ وَالْاِمَامُ ضَمِيْنٌ
“Juru azan merupakan orang yang bersifat amanah dan imam merupakan penjamin (bagi makmumnya).”
Tidaklah heran apabila imam menanggung para makmum yang di belakangnya di atas apa yang mereka tinggalkan, sebab imam yang menjadi pemimpin mereka. Ini berlaku bagi sunat mu’akkad yang dapat ditanggung oleh imam. Namun jika itu berupa rukun solat, maka imam tidak dapat menanggungnya. Jika imam lupa kerana meninggalkan sesuatu yang dapat ditutupi dengan sujud sahwi, maka orang yang bermakmum di belakangnya wajib mengikutinya, sebab tujuan menjadikan imam adalah supaya dia diikuti.
FIQH HADITS :
1. Makmum wajib mengikuti imam.
2. Makmum hendaklah turut melakukan sujud sahwi karena kealpaan imam dan dia tidak boleh melakukan sujud untuk dirinya sendiri ketika dia masih mengikuti imam. Inilah pendapat jumhur ulama. Jika makmum berkedudukan sebagai makmum masbuq, maka menurut mazhab al-Syafi’i dia mesti melakukan sujud bersama imam meskipun dia tahu yang imam lupa ataupun tidak dan pada akhir solatnya dia mesti melakukan sujud sahwi secara sendirian.
Mazhab Hanbali mengatakan, makmum hendaklah turut melakukan sujud sahwi bersama imam baik imam melakukan sujud sebelum salam ataupun sesudahnya, namun makmum yang (masbuq) tidak dibebani melakukan sujud sendirian di akhir solatnya.
Mazhab Maliki mengatakan, jika imam melakukan sujud sahwi sebelum salam, maka makmum masbuq turut melakukan sujud sahwi bersamanya dan jika makmum tidak turut serta melakukan sujud bersama imam, maka dia dapat melakukan sujud tersebut secara sendirian di akhir solatnya sesudah dia mengucapkan salam.
Mazhab Hanafi mengatakan bahwa makmum masbuq mesti melakukan sujud bersama imam, tetapi dia tidak boleh melakukan sujud sahwi secara sendirian di akhir solatnya, kecuali jika dia turut melakukan kealpaan di dalam solatnya yang dilakukan secara sendirian. Sedangkan makmum lahiq hendaklah melakukan sujud di akhir solatnya secara sendirian, tetapi tidak perlu melakukan sujud bersama imam. Makmum lahiq ialah orang yang menjumpai imam sejak dari rakaat pertama, lalu pada rakaat lain dia tertinggal kerana ada uzur yang menimpanya seperti hadas. Sedangkan makmum masbuq ialah makmum yang ketinggalan satu rakaat dari imam atau lebih dari satu rakaat. Jika imam meninggalkan sujud sahwi, maka makmum melakukannya di akhir solatnya dan inilah pendapat jumhur ulama.
Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa makmum tidak perlu melakukan sujud sahwi jika imam meninggalkannya. Pendapat ini menurut satu riwayat dari Imam Ahmad. Jika makmum masbuq lupa ketika dia sedang menunaikan rakaatnya, maka dia hendaklah sujud dua kali di akhir solatnya. Kedua sujudnya itu dapat menutupi kealpaan dirinya sendiri dan juga bertujuan menutupi kealpaan yang dilakukan oleh imamnya ketika dia masih bermakmum dengannya.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..