السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB TATACARA PELAKSANAAN SHOLAT
HADITS KE 223 :
وَعَنْ عُبَادَةَ بْنِ اَلصَّامِتِ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِأُمِّ اَلْقُرْآنِ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْه
وَفِي رِوَايَةٍ لِابْنِ حِبَّانَ وَاَلدَّارَقُطْنِيِّ : ( لَا تَجْزِي صَلَاةٌ لَا يُقْرَأُ فِيهَا بِفَاتِحَةِ اَلْكِتَابِ )
وَفِي أُخْرَى لِأَحْمَدَ وَأَبِي دَاوُدَ وَاَلتِّرْمِذِيِّ وَابْنِ حِبَّانَ : ( لَعَلَّكُمْ تَقْرَءُونَ خَلْفَ إِمَامِكُمْ ? ” قُلْنَا : نِعْمَ . قَالَ : “لَا تَفْعَلُوا إِلَّا بِفَاتِحَةِ اَلْكِتَابِ فَإِنَّهُ لَا صَلَاةِ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِهَا )
Dari Ubadah Ibnu al-Shomit bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tidak sah sholat bagi orang yang tidak membaca Ummul Qur’an (al-fatihah).” Muttafaq Alaihi.
Dalam suatu riwayat Ibnu Hibban dan Daruquthni: “Tidak sah sholat yang tidak dibacakan al-fatihah di dalamnya.”
Dalam hadits lain riwayat Ahmad Abu Dawud Tirmidzi dan Ibnu Hibban: “Barangkali engkau semua membaca di belakang imammu?” Kami menjawab: Ya. Beliau bersabda: “Jangan engkau lakukan kecuali membaca al-fatihah karena sungguh tidak sah sholat seseorang tanpa membacanya.”
MAKNA HADITS :
Membaca Surah al-Fatihah di dalam sholat, baik dalam sholat sirriyah ataupun sholat jahriyyah, sholat fardu mahupun sholat sunat, merupakan salah satu rukun sholat sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beberapa hadis yang jumlah teramat banyak. Inilah pendapat Imam Malik, Imam al-Syafi’i dan Imam Ahmad berkenaan dengan sholat seseorang yang bersendirian dan bagi imam. Ini ditegaskan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan al-Daruquthni yang menunjukkan ketiadaan sholat, kerana sholat yang sudah dinafikan kesahihannya tidak termasuk
sholat yang disyariatkan. Disamping itu, Nabi (s.a.w) ketika mengetahui Khallad ibn Rafi’ yang melakukan sholat tidak sempurna, baginda segera menyuruhnya membaca Ummu al-Kitab dan bersabda kepadanya: “Kemudian lakukanlah hal yang serupa dalam semua sholatmu itu.” Nabi (s.a.w) membaca Surah al-Fatihah dalam setiap rakaat dan baginda bersabda:
صلوا كما رأيتموني أصلي
“Sholatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku sholat!”
Nabi (s.a.w) melarang makmum membaca selain Fatihah al-Kitab. Ini merupakan ikatan yang mentakhsis makna umum yang terdapat di dalam perintah supaya berdiam bagi makmum.
FIQH HADITS :
Wajib membaca Surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah merupakan salah satu rukun sholat. Demikian menurut pendapat jumhur ulama, sedangkan Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa Surah al-Fatihah tidak termasuk salah satu rukun sholat, sebaliknya rukun berkaitan bacaan disini ialah membaca al-Qur’an secara mutlak dan ini sudah mencukupi.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..