السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB MASJID
HADITS KE 207 :
وَعَنْ عَائِشَةَ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- قَالَتْ ( أُصِيبَ سَعْدٌ يَوْمَ اَلْخَنْدَقِ فَضَرَبَ عَلَيْهِ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم خَيْمَةً فِي اَلْمَسْجِدِ لِيَعُودَهُ مِنْ قَرِيبٍ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
‘Aisyah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Sa’ad terluka pada waktu perang khandaq lalu Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan tenda untuknya di dalam masjid agar beliau dapat menengoknya dari dekat. Muttafaq Alaihi.
MAKNA HADITS :
Nabi (s.a.w) memberikan keringanan untuk tidur di dalam masjid, sebagaimana baginda memberikan keringanan kepada orang yang sakit boleh tinggal di dalam masjid dan membuat tempat khusus untuknya sebagaimana yang terjadi di zaman Nabi (s.a.w) di mana Sa’d ibn Mu’adz ketika itu sedang sakit akibat luka peperangan. Ini dilakukan untuk memastikan Nabi (s.a.w) menjenguknya dari dekat
dan memantau keadaannya dari masa ke masa.
Ini merupakan rumah sakit pertama dalam Islam yang secara langsung dikendalikan oleh Nabi (s.a.w). Hukum boleh tidur dan merawat orang sakit di dalam masjid adalah terikat dengan ketentuan apabila kedua orang ini tidak mencemari atau mengotori masjid. Jika keduanya bisa menimbulkan pencemaran, maka dilarang tinggal di dalam masjid.
FIQH HADITS :
1. Boleh tidur di dalam masjid.
2. Orang sakit diperbolehkan tinggal di dalam masjid, sekalipun dia dalam keadaan luka.
3. Disyariatkan menjenguk orang sakit.
4. Boleh membuat tenda di dalam masjid kerana ada suatu keperluan memandang tenda bersifat sementara. Lain halnya dengan bangunan, maka ia dilarang secara mutlak.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..