السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB ADZAN
HADITS KE 156 :
وَعَنْ جَابِرٍ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِبِلَالٍ : ( إِذَا أَذَّنْتَ فَتَرَسَّلْ وَإِذَا أَقَمْتُ فَاحْدُرْ وَاجْعَلْ بَيْنَ أَذَانِكَ وَإِقَامَتِكَ قَدْرَ مَا يَفْرُغُ اَلْآكِلُ مِنْ أَكْلِهِ) اَلْحَدِيثَ . رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَضَعَّفَهُ.
Dari Jabir Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada Bilal: “Jika engkau menyeru adzan perlambatlah dan jika engkau qomat percepatlah dan jadikanlah antara adzan dan qomatmu itu kira-kira orang yang makan telah selesai dari makannya.” Hadits diriwayatkan dan dianggap lemah oleh Tirmidzi.
MAKNA HADITS :
Oleh kerana azan bertujuan memberitahukan masuknya solat kepada orang yang tinggal berjauhan dengan masjid, maka Rasulullah (s.a.w) menganjurkan azan supaya dilakukan secara tartil (perlahan-lahan) dan bukannya dikumandangkan dengan cara cepat, sebab cara tersebut lebih memungkinkan sampai kepada
mereka yang tinggal jauh dari masjid.
Oleh kerana iqamah bertujuan memberitahukan kepada para hadirin bahwa solat tidak lama lagi akan didirikan, maka ia dilakukan dengan cepat dengan tujuan segera melakukan hal yang paling utama, yaitu melaksanakan solat fardu.
Rasulullah (s.a.w) memerintahkan supaya dibuat jarak waktu antara azan dengan iqamah untuk memperbolehkan orang yang mendengarnya bersiap-siap untuk menghadiri solat secara berjamaah. Ini merupakan salah satu rahmat bagi kaum muslimin. Nabi (s.a.w) melarang mereka melakukan iqamah sebelum imam solat hadir di dalam masjid. Ini bertujuan jamaah tidak terlalu lama menunggu pelaksanaan solat dalam keadaan berdiri sekiranya ada halangan yang melambatkan kedatangan imam menunaikan solat secara berjamaah.
FIQH HADITS :
1. Disyariatkan tartil ketika mengumandangkan azan, yaitu tenang dan perlahan ketika menyampaikannya, kerana itu diharapkan mampu dapat didengar oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid.
2. Disyariatkan cepat dalam melakukan iqamah, kerana iqamah ditujukan kepada orang yang telah hadir di dalam masjid. Jadi, ia lebih tepat jika dilakukan dengan cara yang cepat supaya dapat segera mengerjakan solat yang merupakan tujuan utama di sebalik iqamah itu.
3. Disunatkan memberikan jarak waktu antara azan dengan iqamah untuk bersiap-siap menghadiri solat berjamaah dan manfaat azan tidak disia-siakan.
4. Disyariatkan mengawasi tukang azan dan mengajarkan tatacara dalam mengumandangkan azan.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..