DEWAN PIMPINAN PUSAT
IKATAN ALUMNI BATA-BATA

HADITS KE 154 : MEMUNGUT BAYARAN BAGI MUADZIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB ADZAN

HADITS KE 154 :

وَعَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ رضي الله عنه ( أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اَللَّهِ اِجْعَلْنِي إِمَامَ قَوْمِي . قَالَ : “أَنْتَ إِمَامُهُمْ وَاقْتَدِ بِأَضْعَفِهِمْ وَاِتَّخِذْ مُؤَذِّنًا لَا يَأْخُذُ عَلَى أَذَانِهِ أَجْرًا ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَحَسَّنَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ.

Utsman Ibnu Abul’Ash Radliyallaahu ‘anhu berkata: Wahai Rasulullah jadikanlah aku sebagai imam mereka perhatikanlah orang yang paling lemah dan angkatlah seorang muadzin yang tidak menuntut upah dari adzannya.” Dikeluarkan oleh Imam Lima. Hasan menurut Tirmidzi dan shahih menurut Hakim.

MAKNA HADITS :

Memohon untuk menjadi imam solat merupakan amalan yang terpuji, kerana menjadi imam itu besar pahalanya. Kedudukan ini pernah disebutkan di dalam do’a
hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah. Kisah mereka disebutkan di dalam al-Qur’an. Mereka berdoa seperti berikut:

(واجعلنا للمتقين إماما (الفرقان،٧٤

“… Dan jadikanlah kami menjadi imam bagi orang yang bertakwa.” (Surah al-
Furqan: 74)

Ini bukanlah permohonan untuk menjadi pemimpin yang dilarang oleh syari’at, yaitu kepimpinan yang bersifat duniawi. Seseorang yang memohon jabatan sebagai pemimpin duniawi tidak boleh dibantu mewujudkan keinginannya bahkan jabatan itu tidak boleh diberikan kepadanya.

FIQH HADITS :

1. Mengingatkan imam supaya senantiasa mengambil berat keadaan orang yang solat bermakmum di belakangnya.

2. Pemimpin masyarakat dianjurkan melantik seorang juru azan bagi menghimpun orang ramai untuk mengerjakan solat.

3. Seorang muazin dianjurkan untuk tidak menuntut bayaran ke atas azan yang dikumandangkannya.

Ulama berbeda pendapat sehubungan masalah ini.

Imam Abu Hanifah mengharamkannya apabila dia mensyaratkan upah untuk mengumandangkan azan. Dalilnya adalah hadis ini.

Mazhab Hanbali mengatakan tidak boleh mengambil upah selagi ada
seorang yang bersedia membayarnya. Jika tidak, maka juru azan mesti diberi upah yang diambil dari Baitul Mal. Bagi mereka, muazin boleh menerima upah di atas azan yang dikumandangkannya.

Menurut pendapat yang paling sahih di sisi mazbab Imam al-Syafi’i, imam boleh memberinya upah yang diambil dari Baitul Mal, dari hartanya sendiri, dari individu penduduk kampung, atau dari selain mereka.

Mazhab Maliki dalam masalah ini mempunyai dua pendapat; ada yang melarang menuntut upah azan dan ada yang membolehkannya. Ibn al-Arabi memilih pendapat yang membolehkannya, yakni boleh menerima upah.

4. Boleh memohon menjadi imam solat kerana ia merupakan amalan yang baik.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

#TERKINI

#WARTA

#HUKUM