السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
_*BAB HAID*_
HADITS KE 127 :
وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: ( كَانَتِ اَلنُّفَسَاءُ تَقْعُدُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَعْدَ نِفَاسِهَا أَرْبَعِينَ ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ إِلَّا النَّسَائِيَّ وَاللَّفْظُ لِأَبِي دَاوُد
وَفِي لَفْظٍ لَهُ ( وَلَمْ يَأْمُرْهَا اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِقَضَاءِ صَلَاةِ اَلنِّفَاسِ ) وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِم
Ummu Salamah Radliyallaahu ‘anhu berkata: Wanita-wanita yang sedang nifas pada masa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam meninggalkan shalat selama 40 hari semenjak darah nifasnya keluar. Riwayat Imam Lima kecuali Nasa’i dan lafadznya dari Abu Dawud.
Dalam lafadz lain menurut riwayat Abu Dawud: Dan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tidak menyuruh mereka mengqadla shalat yang mereka tinggalkan saat nifas. Hadits ini shahih menurut Hakim.
MAKNA HADITS :
Islam memberi keringanan kepada wanita yang nifas dan menyamakannya dengan wanita yang haid, dimana mereka tidak boleh sholat dan puasa. Malah Islam memanjangkan masa nifas hingga empat puluh hari. Ia wajib mengqadha’ puasa fardhu yang ditinggalkannya selama nifas, namun tidak demikian dengan sholat dan ini merupakan satu kemudahan baginya. Jika seorang perempuan telah merasa suci sebelum masa empat puluh hari, maka dia mesti bersuci, dan tidak ada batasan minimum bagi masa nifas.
FIQH HADITS :
1. Batasan maksimum nifas ialah empat puluh hari menurut pendapat jumhur ulama. Imam al-Syafi’i mengatakan bahwa batasan maksimumnya adalah enam puluh hari, meskipun biasanya hanya memerlukan empat puluh hari,
sedangkan batasan minimumnya ialah setetes, (yakni hanya sekali
mengeluarkan darah). Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan tidak ada batasan minimum bagi tempoh nifas. Imam Abu Hanifah mengatakan bahwa masa nifas itu terbatas, yaitu selama dua puluh lima hari. Abu Yusuf mengatakan sebelas hari, sedangkan al-Hasan al-Basri mengatakan dua puluh hari.
2. Tidak ada qadha’ bagi sholat yang ditinggalkan selama masa nifas, kerana Nabi (s.a.w) tidak menyuruh kaum wanita berbuat demikian. Pada asalnya qadha’ itu tidak diwajibkan kecuali kerana adanya perintah yang baru dan perintah yang baru ini telah disebutkan dalam masalah puasa melalui firman-Nya:
…فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر… (البقرة : ١٨٤)
“… Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…” (Surah al-Baqarah: 184)
Di sini tidak ada perintah baru yang mewajibkan mengqadha’ sholat yang ditinggalkan selama nifas. Jadi, hukum asal, yaitu tidak wajib qadha sholat mesti tetap dikekalkan. Hadis ini menyanggah pendapat sekumpulan Khawarij yang mengatakan sholat yang ditinggalkan oleh wanita yang haid dan nifas wajib diqadha’.
3. Menjelaskan hukum darah yang keluar sesudah bersalin. Jika darah tersebut terus mengalir selama empat puluh hari, maka dalam masa itu wanita tersebut tidak boleh sholat dan tidak boleh pula berpuasa. Tetapi apabila tetap mengalir hingga melebihi tempoh empat puluh hari, maka hukum darah tersebut adalah darah istihadhah yang ketentuan hukumnya telah disebutkan dalam hadits-hadits sebelum ini.
KESIMPULAN :
Hadis yang disebut dalam bab haid ini menunjukkan kesimpulan berikut:
1. Menjelaskan perbedaan warna darah haid dengan darah istihadhah, tempat keluarnya, cara untuk membedakan diantara keduanya dan demikian pula hukumnya.
2. Wanita yang haid tidak boleh mengerjakan sholat dan puasa selama masa haid. Dia wajib mengqadha’ puasanya, tetapi tidak wajib mengqadha’ sholatnya. Selama masa itu, suaminya tidak boleh menyetubuhinya. Jika suami
menyetubuhinya, maka dia mesti membayar kifarat menurut pendapat Imam Ahmad. Menurut jumhur ulama, suami boleh menggaulinya, tetapi pada bagian atas kain. Tetapi Imam Ahmad membolehkan untuk menggaulinya, meskipun dibawah kainnya (kecuali farjinya).
3. Perkiraan masa istihadhah ditentukan berdasarkan kebiasaan sebelum itu atau membandingkannya dengan wanita lain yang sebaya dengannya. Dibolehkan baginya mengerjakan sholat dan puasa, dan suaminya boleh menyetubuhinya, dan disunatkan baginya mengerjakan sholat secara jamak shuri.
4. Perkiraan masa nifas sama dengan wanita yang haid di mana mereka tidak boleh mengerjakan solat dan puasa. Tidak diwajibkan mengqadha’ sholat yang ditinggalkan selama masa nifas, tetapi wajib mengqadha’ puasanya.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..