HADITS KE 124 : WANITA HAID TIDAK BOLEH SHOLAT DAN PUASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI

BAB HAID

HADITS KE 124 :

وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ؟ ) مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ فِي حَدِيث

Dari Abu Said Al-Khudry bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Bukankah wanita itu jika datang haid tidak boleh shalat dan berpuasa. Muttafaq Alaihi dalam hadits yang panjang.

MAKNA HADITS :

Akal dan fikiran wanita itu lemah. Jika sedang emosi, dia tidak mau mengakui jasa besar yang selama ini diterimanya, berpura-pura melupakan kebaikan malah
kadangkala melupakannya sama sekali. Dia seringkali memendam kejahatan dan menyukai perbuatan jahat. Kesaksiannya adalah separuh kesaksian lelaki dan agamanya pula dianggap kurang yang bermaksud belum sempurna. Syari’at Islam
mengakui kekurangan agama kaum wanita sebagaimana yang dikandung oleh hadits di atas bahwa: “Wanita sering kali tidak sadar terhadap apa yang dikatakannya. Jika engkau mengabaikan permintaannya meskipun itu baru yang pertama kali, dia pasti melupakan semua yang pernah engkau berikan kepadanya sebelum ini berupa kebaikan-kebaikan dan dia mengingkarinya seakan-akan semua itu tidak pernah wujud. Dia gemar mencaci dan memaki hingga mulutnya berbuih. Dia pandai merayu hati dan menguasai akal melalui kata-katanya yang memukau bagaikan sihir yang manis seperti madu.” Semoga Allah memperbaiki tingkah laku mereka dan menunjukkan jalan yang lurus kepada kita.

FIQH HADITS :

1. Allah memperlihatkan kepada Rasul-Nya apa yang bakal terjadi di akhirat kelak berupa pahala dan siksaan, hingga baginda dapat menceritakannya kepada para sahabatnya. Tujuannya supaya orang yang baik akan bertambah
kebaikannya dan orang jahat segera menghentikan perbuatan jahatnya.

2. Anjuran untuk bersedekah, karena sedekah dapat menghilangkan kemurkaan Allah.

3. Membuktikan adanya neraka.

4. Kebanyakan wanita adalah penghuni neraka kerana mereka seringkali mengingkari kebaikan suaminya dan gemar mengeluarkan kata-kata laknat.

5. Dalil yang menunjukkan kurangnya akal wanita, kerana kesaksian mereka dianggap separuh dari kesaksian lelaki. Dengan arti kata lain, untuk mengimbangi kesaksian seorang lelaki mestilah wujud dua orang wanita.

6. Dalil yang menunjukkan kurangnya agama wanita, kerana wanita tidak boleh bersholat dan berpuasa dalam masa haid dan demikian pula dalam masa nifasnya.

7. Bersuci merupakan syarat bagi sahnya sholat dan puasa.

8. Wanita yang berhaid diwajibkan mengqadha’ puasanya, tetapi tidak wajib mengqadha” sholatnya, kerana ada nash yang mewajibkan mereka supaya mengqadha’ puasa, sedangkan sholat tidak wajib diqadha’ kerana wujud masyaqqah (kesukaran) memandangkan bilangan solat yang mesti diqadha’ terlampau banyak dan bercanggah dengan prinsip agama itu mudah.

Wallahu a’lam bisshowab..

Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.

Semoga bermanfaat. Aamiin..

Tinggalkan Komentar

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *