السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
KAJIAN KITAB IBANAH AL-AHKAM KARYA ASSAYYID ALAWI BIN ABBAS AL-MALIKI
BAB HAID
HADITS KE 123 :
وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم -فِي اَلَّذِي يَأْتِي اِمْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ- قَالَ: ( يَتَصَدَّقُ بِدِينَارٍ أَوْ نِصْفِ دِينَارٍ ) رَوَاهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلْحَاكِمُ وَابْنُ اَلْقَطَّانِ وَرَجَّحَ غَيْرَهُمَا وَقْفَه
Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu ‘anhu dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tentang orang yang mencampuri istrinya ketika dia sedang haid. Beliau bersabda: Ia harus bersedakan satu atau setengah dinar. Riwayat Imam Lima. Shahih menurut Hakim dan Ibnul Qaththan dan mauquf menurut yang lainnya.
MAKNA HADITS :
Dalam kehidupan ini ada ketikanya seseorang dikalahkan oleh hawa nafsu yang melampaui batas hingga akhirnya nafsu itu merosakkan akal sehat dan hati nurani. Dia pun akhirnya melakukan perbuatan yang merbahaya dan tidak mampu mengelakkan diri dari perbuatan dosa. Dia menyetubuhi isterinya ketika sedang haid.
Sebahagian ulama menganjurkan seseorang yang menyetubuhi isterinya ketika sedang haid supaya bersedekah sebanyak satu dinar apabila dia menyetubuhi isterinya pada permulaan masa haid. Hukuman ini dijatuhkan ke
atasnya kerana dia baru saja menjimak isterinya. Oleh itu, perbuatannya itu tidak dapat dimaafkan dan hukumannya pun berat. Lain halnya apabila dia
menyetubuhi isterinya ketika masa haid menjelang berakhir, maka hukumannya diringankan menjadi setengah dinar saja.
Sebahagian ulama yang lain mengatakan bahwa menyetubuhi isteri ketika sedang haid adalah satu dosa yang tidak semestinya bersedekah kerananya dan
kafaratnya ialah sudah memadai dengan beristighfar memohon ampun di atas perbuatan itu.
FIQH HADITS :
Disunatkan bersedekah senilai satu dinar atau setengah dinar bagi orang yang menggauli isterinya ketika sedang haid menurut Imam Al-Syafi’i dan Imam Ahmad.
Sedangkan menurut Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak
semestinya bersedekah, sebaliknya suami yang menyetubuhi isterinya ketika sedang haid cukup beristighfar memohon ampun kepada Allah.
Wallahu a’lam bisshowab..
Demikian Kajian Hadits untuk hari ini.
Semoga bermanfaat. Aamiin..